Ramli Sarip: “Saya Tak Pernah Lalui Konsep Sebegini. Rugged!”
“Saya tak pernah lalui konsep sebegini. Rugged, sempoi, ganas, rock and roll, blues. Ada jiwa, ada rasa.” — Dato’ Ramli Sarip 2020
Begitulah ungkapan Papa Rock tentang produksi ‘Wajik dan Dodol’ — sebuah livestream yang dibawakan khas oleh OKLETSGO kepada peminat-peminat mereka pada malam raya lalu (23 Mei).
Seperti selalu, jenaka improv diselitkan di antara segmen nyanyian dan permainan. Contohnya:
Namun bezanya kali ini, beberapa anak seni turut membuat penampilan dalam livestream Hari Raya 2 jam 45 minit itu, yang diudarakan menerusi Facebook rasmi OKLETSGO.
RAMLI SARIP — STAR OF THE DAY
Kemunculan Dato’ Ramli Sarip dalam ‘Wajik dan Dodol’ mendapat sambutan hangat daripada warganet.
Ini terbukti dengan peningkatan dalam jumlah penonton yang melonjak secara mendadak — daripada kira-kira 6.9 ribu penonton kepada 7.1 ribu— hanya dalam 10 minit.
Sebabnya?
Dato’ Ramli mempunyai fanbase yang besar dan teguh.
Dan dendangan ‘Suara Takbir’ dan ‘Musafir Di Aidilfitri’ Dato’ Ramli amat touching.
Memang tidak dinafikan, alunan suara Dato’ Ramli menyentuh sanubari.
Tapi bagaimana pula perasaan ahli muzik yang harus keep up dengan rendition legenda ini?
PEMUSIK TERTEKAN
(Dari baju merah ke baju biru) Aliff Azman, Aidil Akmal, Noorizam Zulkarnain, Lenny Karmila. (Sumber: Aidil Akmal)
Meskipun masing-masing handal dan berpengalaman, para pemuzik dari NICO, sebahagian daripada ETHNICO, berkongsi bahawa mereka agak gementar tatkala membuat persembahan bersama Dato’ Ramli.
“Dato’ Ramli bukan calang-calang orang. Dia veteran. Kita sebagai pemuzik dapat rasakan feel yang berlainan daripada dia.
“His vibe gave us chills when he entered the room,” kongsi Aidil, wakil daripada NICO yang memainkan bass dan keyboard pada malam berkenaan.
“Cara nyanyian dia macam ibarat kata, dia bersyair. Bersyair itu, ada tolak tarik dalam seninya. Dato’ masih ikut tempo, struktur dan gubahan lagu tapi dia nyanyi ikut feel lirik. Susahnya nak explain..Haha,” jelas Aidil.
Berbual muzik-muzik. Takpe kalau korang tak faham. Wartawan pun lost sikit.
Walau bagaimanapun, mereka tetap wing it dek chemistry yang terbina sejak 2016 dan suasana chill dalam studio.
“Berbanding show-show yang pernah kami buat, persembahan ‘Wajik dan Dodol’ lebih santai, tidak terlalu rigid.
“Pressure memang pressure sebab live. Tetapi the atmosphere buat kita lebih relax dan paling penting, kita enjouiii,” tambah Aidil.
EISS ISMAIL MEMBASAHKAN
Selain Dato’ Ramli, penyanyi suara mereciks Eiss Ismail turut menyerikan skrin-skrin para penonton.
Mendendangkan ‘Dari Jauh Ku Pohon Maaf’ secara solo dan ‘Lambaian Aidilfitri’ bersama pengasas bersama OKLETSGO Raja Razie, kedua-dua persembahan Eiss menghairahkan peminat-peminatnya — tak kira jantina.
Nampaknya lebih ramai lelaki daripada wanita….
Susulan kemunculan Eiss, jumlah penonton turut meningkat sebanyak 900 ratus dalam kurang sejam.
Penangan Eiss. By the way, ni perasaan wartawan malam tu. Ramai sangat abang-abang. Wartawan cannot take it!
Dan kali ini, ahli muzik memaklumkan bahawa mereka tidak se-stres berbanding apabila berlatarkan Dato’ Ramli.
“Eiss versatile. Apa-apa style pun dia boleh ikut jadi lebih senang untuk kita blend well dengan dia. Jadi, kita lebih relaxed dan boleh deliver to our fullest potential,” ujar Aidil.
Macam ni agaknya feeling dia lepas main untuk Dato’…Anyway, good job Aidil and friends!
Chope! Ini baru bahagian satu. Klik lingkaran di bawah untuk baca bahagian kedua. Tulis panjang-panjang nanti orang tak baca pula.
Luahan wartawan: Di kesempatan ini, wartawan ingin meminta maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung dengan artikel-artikel yang telah dikeluarkan. Dan kepada mereka yang ljw pasal wartawan, don’t worry. Wartawan pun most probably ljw pasal korang jugak. Kosong-kosong lah ye.
Comments