in

Wanita Viralkan Orang Tak Berpuasa Di Tempat Awam, Ancam Report MUIS

Ruang media sosial kecoh semalam apabila video 4 orang muslimah sedang makan secara terbuka pada siang hari di bulan Ramadan tular.

Mereka ditegur si perakam video kerana salah seorang daripada 4 rakan itu dipercayai makan makanan yang tidak halal di sebuah kedai kopi di daerah Geylang.

“Yang makan makanan Cina ini semua, dia cakap dia kerja dengan orang Cina, lepas tu dia boleh makan. Korang buat malu orang Islam, pakai tudung lagi. Apa nak jadi?,”

Warganet mempunyai pendapat yang berbeza mengenai isu tersebut. Ramai diantara mereka yang bersangka baik terhadap perbuatan wanita-wanita tersebut.

Kalau niat hanya untuk menegur, ada caranya.

Masing-masing sudah dewasa, boleh menggunakan akal ra’yu untuk menilaikan apa yang betul dan salah.

Video tersebut hangat diperkatakan sehingga ke seberang tambak dengan pendapat yang berbeza.

Ada yang mengatakan 4 sekawan tersebut tidak patut berbuat demikian kerana kurang sopan dan sudah “akhir zaman”.

Tetapi ramai juga yang bersetuju bahawa tindakan si perakam juga salah.

Pada bulan yang maha mulia ini, adalah sebaiknya jika kita fokus pada diri sendiri dan perbaiki lagi akhlaq kita. Ia semuanya bermula pada hati. Mungkin mereka ada sebab tersendiri, jangan terlalu lincah untuk menghukum seseorang.

Luahan Wartawan: Nak tegur ada adabnya. Tapi kalau dah siap dengan nak rekod orang bagai, ada masalah tu.

Bende ni senang je actually. Nampak benda yang kurang elok, tegur dengan perlahan dan penuh beradab. Kalau dorang nak dengar, Alhamdullilah. Kalau tak, sudah, you’ve done your due diligence.

Allah sees all and He knows all.  Kau jaga aib orang, Allah jaga aib kau. Ingat tu.

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Chap Chai

Written by Chap Chai

“Are You A Malay Agent?” Beow Tan Kepada Hazrul Ketika Ditanya Tentang Listing Rumah

Pesakit Terpesona Dengan Doktor Cantik Sampai Tak Nak Balik