in

Wanita Hamil 7 Bulan, Maut Digilis Treler

Seorang wanita hamil tujuh bulan maut digilis treler pada malam Sabtu di lampu isyarat Jalan Permatang, Sungai Dua, Butterworth, Penang.

Treler terbabit dalam kemalangan.  Sumber: Facebook

Penunggang motosikal Nur Amirah Izzati Ahmad Rohaizat, 19 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian pada 10:45 malam akibat kecederaan parah di kepala.

Menukil kenyataan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor kepada Astro Awani, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Mertajam setelah bertemu rakannya di Teluk Air Tawar, Butterworth.

Menurut siasatan, mangsa dipercayai telah melanggar lampu isyarat merah sewaktu tiba di persimpangan dan berlanggar dengan sebuah trak Mitsubishi Triton.

Gambar hiasan. Sumber: Google

Akibatnya, mangsa terjatuh lalu menggelongsor di atas jalan raya sebelum digilis treler.

Terjatuh dari motor. Sumber: Facebook

REAKSI WARGANET

Berlinangan air mata warganet apabila membaca berita berkenaan kematian mangsa, lebih-lebih lagi kerana mangsa sarat mengandung.

Difahamkan juga, arwah sempat memberikan duit kepada adik-beradiknya sebelum meninggal dunia.

Janin mangsa turut terkorban dalam kemalangan berkenaan. Kedua-dua jenazah telah selamat dikebumikan petang tadi.

Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

Lintah Darah

Written by Lintah Darah

Alya Iman Tampil Memberikan Kenyataan Dakwaan Hubungan Sulit

Inspired By Ustaz Ebit Lew, Local Influencer, Syazwan Yunos Initiated His Own Giveback