in

Ugutan Bunuh Terhadap Anak Diperlekehkan, Ibu Ini Terus Membuat Laporan Polis

Ibu kepada seorang kanak-kanak 11 tahun telah membuat laporan polis ke atas seorang lagi murid setelah merasakan pihak sekolah memandang enteng kes buli yang dihadapi anaknya.

Menurut ibu mangsa, Cik Suriyati, anaknya, Fiqry Naufal, dicekik oleh seorang murid yang sebaya dengannya.

Sumber: Istock

Tambahan pada itu, pembuli tersebut turut berkata bahawa dia hendak “membunuh Naufal”.

PIHAK SEKOLAH DITUDUH TIDAK SERIUS 

Difahamkan, kejadian tersebut telah disiasat oleh pihak sekolah Naufal.

Namun, menurut catatan Cik Suriyati lagi, guru disiplin sekolah tersebut menyimpulkan bahawa pembuli berkenaan “hanya bergurau dan tidak berniat untuk membunuh Naufal”.

LAPORAN POLIS 

Tidak berpuas hati dengan penjelasan dan tindakan pihak sekolah Naufal, Cik Suriyati memfailkan laporan polis terhadap murid tersebut atas dua kejadian pada 30 Julai lalu.

Sumber: Facebook

“Pada bulan Januari, Naufal ditendang oleh murid ini. Dan kini, dia mencekik dan mengugut Naufal pula. 

“Bagi saya, ini adalah petanda buruk. Saya telah membuat laporan polis dan akan mengambil tindakan undang-undang,” jelas Cik Suriyati di Facebook. 

MENGADU KEPADA MOE

Dalam pada itu, Cik Suriyati turut mengadukan kes ini kepada Kementerian Pendidikan (MOE) pagi tadi (3 Ogos) setelah disaran warganet. 

Sumber: Facebook

Setakat petang ini, pos Cik Suriyati telah meraih lebih 570 kongsian.

Plan B telah menghubungi Cik Suriyati untuk mendapatkan pengemaskinian. 

Luahan Wartawan: I feel sorry for the child. It must’ve been traumatic for him. And I don’t think the mother is being paranoid. If I were her, I would’ve done the same thing to protect my son.

Hopefully the school can resolve this issue quickly. Bullying cannot be tolerated and the perpetrators should be reprimanded for their wrong doings.

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Belalang Biru

Written by Belalang Biru

Samseng Kampung Dusun Tak Puas Hati Ditegur Rider Ketika Memandu Dengan Cuai

Merintih Pelanggan Lari Tak Bayar Makanan, Beberapa Warganet Tampil Untuk Bantu Bayarkan