in

Tular, Wanita Buang Saka Kedalam Sungai Menimbulkan Amarah Netizen

Sebuah video tular dimana seorang wanita dirakamkan membuang sampah ke dalam sungai. Video tersebut menaikkan amarah warganet luarbiasa kerana tindakannya yang mencemarkan alam.

Namun penjelasan wanita tersebut kemudiannya menjadikan beliau bahan di kalangan warganet.

Mulalah warganet berseloroh dengan kepercayaan yang dikatakan tahayul dan karut.

Betul juga katanya, mencemarkan alam boleh dikirakan salah dalam Islam.

Pelik tapi benar, sekarang saka dah boleh ikat dalam beg plastik.

Sempat buat lawak eh bang. Plastik pun boleh timbul dalam air, tu lah life jacket dia.

Benar, buang saka memang ada caranya.

Tak semudah nak buang saka, lebih-lebih lagi saka keturunan.

Menurut kenyataan keluarga wanita tersebut,Β  mereka baru pulang dari melakukan perubatan secara tradisional di Kuala Krai. Katanya lagi, perawat tersebut menyuruh mereka membuang saka tersebut ke dalam arus sungai yang mengalir.

Pihak keluarga wanita tersebut juga meminta agar warganet berhenti memaki dan menyebarkan video tersebut kerana boleh menyebabkan kemurungan terhadap mangsa saka tersebut.

Luahan Wartawan: Setahu aku, saka ni bukan senang nak buang. Saka ni dikatakan perjanjian yang dibuat nenek moyang dulu untuk jaga, melindung dan memberi kekuatan kepada keturunan yang akan datang.

Lagi satu, satu saka ni kalau dah keluar, selalunya dalam botol ataupun ponjen yang akan ditanam atau dibuang di tempat-tempat tertentu dan dibacakan. Nak pagar tempat tu agar orang lain tak jadi mangsa benda tu.

Handal betul perawat dia. Memang rawatan alternatif ataupun tradisional boleh membantu tapi cara untuk membuang saka adalah ruqyah dari asatizah yang bertauliah. Dengan meminta pertolongan Allah untuk merawat mangsa-mangsa saka.

Jangan terlalu ta’asub dengan harapan diberikan perawat-perawat yang belum tentu boleh membantu.

Kalau memang dah kantoi buang sampah, terima je dan minta maaf. Accept that you made a mistake and move on. Kau buka cerita macam nih, warganet luarbiasa lagi bahankan kau pasal alasan yang tidak masuk akal.

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community:Β FacebookΒ |Β InstagramΒ |Β TwitterΒ |Β TelegramΒ |Β Spotify

Chap Chai

Written by Chap Chai

Netizen Terkesima Dengan Suara Merdu Dan Bacaan Baik Zizi Kirana, Kini Dengan Imej Berhijab

Cobra Berkeliaran Di Changi Business Park, Hampir Serang Individu