in

Tukar Gambar Guna Faceapp, Orang Ajak Phonesex

Kaedah gender swap (penukaran jantina) menerusi aplikasi Faceapp rancak digunakan warganet kebelakangan ini — yang lelaki ingin melihat rupa mereka seperti wanita dan begitu juga sebaliknya.

Malah setelah mencuba, hasil gender swap kerap dimuat naik di wadah media sosial untuk flex rupa masing-masing yang secara tidak langsung, menarik perhatian warganet.

Malangnya buat seorang jejaka Malaysia, gambarnya terlebih dipuja.

DIAJAK ‘PHONESEX’

Pada 18 Jun, Hyekal (@hyekalss) mengongsi gambarnya dalam versi wanita di Twitter.

Terkesima dengan keanggunan Hyekal sebagai ‘Milea’, pengikutnya mula memuji.

 

 

Akan tetapi, salah seorang daripada mereka keterlaluan sehinggakan mengajak Hyekal melakukan phonesex dengannya.

Bahkan, pengguna Twitter tersebut juga sanggup membayar Hyekal untuk melayannya ‘berbual kotor’.

Sumber: Twitter, @hyekalss

HYEKAL INSAF

Trauma dengan apa yang dilalui, Hyekal berkata dia ‘takut untuk edit mukanya seperti wanita’ lagi.

Dalam pada itu, dia turut simpati terhadap wanita yang menjadi mangsa gangguan seksual.

REAKSI WARGANET

Susulan insiden itu, beberapa wanita tampil di ruangan komen untuk meluahkan bagaimana gangguan sedemikian rupa telah mengacau emosi mereka.

Mohon insaf.

Luahan wartawan: Ni kira misogyny ke misandry ke macam mana?

Tak tau lah deni trolling ke apa. But if you’re a real guy who’s trying to hook up with a girl, you’re creepy. Tu bukan caranya!!

Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

Lintah Darah

Written by Lintah Darah

Paku Bertaburan Atas Highway, Disyaki Perbuatan Nakal

Terpaksa Tutup Butik, Wak Doyok Buat Sale Serendah RM1