in

Tuas Lampost 1, Tiang Lampu Legend Penuh Sticker, Bakal Dikekalkan

Baru-baru ini, Encik Ong Ye Kung, Menteri Pengangkutan Singapura, memuatnaikkan posting di lelaman Facebooknya tentang Tuas Lampost 1 yang terletak di Tuas South Boulevard.

Sumber: Google Images

Di dalam postingnya yang telah meraihkan lebih daripada 9000 likes, 950 komen dan 2700 shares itu, beliau sedar akan kepentingan Tuas Lampost 1 sebagai satu mercu tanda bagi para penggiat menunggang basikal.

Sumber: Facebook, Ong Ye Kung

Encik Ong juga mengisytiharkan di dalam posting beliau itu bahawa pelekatan ‘sticker’ di tiang lampu itu dibenarkan kerana ia terletak di kawasan yang ulu dan pelekat-pelekat yang ditampal itu tidak akan menyebabkan apa-apa isu keselamatan.

Ruang komen postingnya itu dihujani komen yang memuji tindakan Menteri yang bersikap fleksibel.

Sumber: Facebook, Ong Ye Kung

Tuas Lampost 1 adalah satu mercu tanda yang merupakan satu destinasi yang biasa di datangi penunggang basikal daripada merata pelusuk Singapura.

Tiang lampu ini sering ‘dihiasi’ dengan pelbagai pelekat ataupun ‘stickers’ beraneka warna dan saiz yang dilekat oleh para penunggang basikal yang datang ke situ.

Sumber: Google Images

Namun begitu, tiang lampu itu telah pun dibersihkan oleh pekerja penyelenggaraan tiang lampu dan semua ‘stickers’ di tiang lampu itu telah dibubarkan.

Sumber: Facebook, Siti Musfirah

Perkara ini telah membuat ramai netizen dan penggiat menunggang basikal berasa sedih dan telah berjaya mengambil perhatian Encik Ong Ye Kung.

Luahan Wartawan: Not much of a cyclist myself but I’ve been to Tuas Lampost 1 before. Memang sungguh unik dan tak akan jumpa tiang lampu lain yang similar in Singapore. Appreciate the flexibility shown by our Transport Minister to allow the pasting of stickers as it’s a landmark for the cycling enthusiasts in Singapore.

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Chap Chai

Written by Chap Chai

Paras Rupa Gadis Dikecam Ketika Buat TikTok Mekap, Warga Twitter Tampil Bersimpati

Pemuda Bertatu Seluruh Badan Berhijrah, Ubah Haluan Hidup Dan Pilih Untuk Jadi Bilal Di Masjid