in

Tidak Dapat Bertemu Arwah Ibu Dan Kakak Kerana Dipenjara, Bekas Banduan Menangis Di Depan Kubur

Terduduk seorang bekas banduan di pekarangan tanah perkuburan setelah diberitahu pusara yang diziarahinya merupakan kubur arwah ibunya yang meninggal dunia tiga bulan lalu sedang dia masih ditahan dalam penjara.

Menerusi sebuah rakaman TikTok, lelaki tersebut, yang baru sahaja dibebaskan dari penjara kelmarin (21 September) setelah ditahan selama enam bulan, tidak tahu-menahu akan kematian ibunya sehinggalah dia dibawa ke sebuah pusara aman di Sabah.

Dalam video berkenaan, lelaki tersebut dilihat berdiri bersebelahan kubur arwah ibunya dengan raut wajah terkejut.

Dia kemudiannya jatuh terduduk lalu menangis sambil menghadap kubur arwah ibunya.

Saksikan video penuh:

@heraalex86

#selepas 6bulan dpenjara, harini dia bebas trus bawa jumpa mak 😭😭

♬ Ya Allah – Wali

Dalam sebuah video berasingan, lelaki ini turut dilihat memeluk batu nisan arwah ibunya.

Saksikan video penuh:

@heraalex86

#rindu yg paling berat 😭 kesian adek,nda sempat tgok mak pergi 😭

♬ Bila Tiba – UNGU

Lebih menyayat hati, lelaki ini kemudiannya dibawa untuk menziarah kubur arwah kakaknya pula yang meninggal dunia 10 hari sebelum dia dibebaskan dari penjara.

Saksikan video penuh:

@heraalex86

#kita kena redha adik… Kakak dah maafkan adik😢 maafkan kami xbgtau adik masa dalam penjara🙏 lagi2 pkp,keadaan xmenginzan…😢

♬ Shollallahu Ala Muhammad Cover By Abi Rafdi – TIC.IHSAN YR ♏usicall𝜓

Menurut perakam video, yang juga merupakan kakak kepada lelaki ini, dia tidak dapat menyampaikan berita pemergian ahli keluarga mereka “kerana keadaan tidak mengizinkan”.

Punca kematian kedua-dua ahli keluarga juga tidak didedahkan.

Sumber gambar: Hera Elestra

Luahan Wartawan: Tak dapat bayangkan perasaan dia…It should’ve been a happy moment for him. He must’ve been looking forward to meet ibu and kakak dia. Tapi tau-tau jer dah meninggal…Sedih sangat. Semoga dia kekal kuat dan istiqomah dalam menuju ke jalan yang benar.

Listen to Plan B’s Podcast this week!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Chap Chai

Written by Chap Chai

Jenama Tuala Wanita, Libresse Malaysia Tarik Semula Iklan Motif Bunga Berbentuk Alat Kelentit

Entrepreneur Cries Foul, Shawl Designs Removed From Shopee, Accuses dUCk Claimed Copyright