in

Thailook Braces Tiada Bukti Keberkesanan

Barisan gigi yang jongang, senget atau berlapik antara faktor yang merendahkan keyakinan seseorang individu.

Oleh demikian, golongan ini sering membuat rawatan ortodontik dengan memakai pendakap gigi bagi meluruskan gigi mereka.

Akan tetapi sejak beberapa tahun lalu, perkhidmatan pendakap gigi palsu mula mencemar pasaran pergigian.

Antaranya adalah pendakap gigi instant  yang boleh dibeli menerusi kedai dalam talian.

Cuma perlu diletak pada gigi sahaja. (Sumber: Shopee)

Baru-baru ini pula, tren Thailook braces mula menular di Malaysia.

Boleh dibeli dalam talian dan dipasang sendiri. (Sumber: Shopee)

Dengan kos yang jauh lebih rendah berbanding pendakap gigi ‘tradisional’ — yang berharga sekurang-kurangnya RM5,000 (SGD$1,666) secara purata — para remaja di sana lebih cenderung untuk menggunakan pendakap gigi palsu seperti ini.

Ada juga kedai gigi yang menjalankan khidmat pemasangan Thailook braces. (Sumber: Borak Daily)

Walau bagaimanapun, keberkesanan Thailook braces tiada bukti.

Malah, perkhidmatan pemasangan dan penjualan Thailook braces sebenarnya diharamkan di Malaysia.

Pesalah yang menjalankan khidmat pemasangan boleh dikenakan denda RM300,000 (SGD$100,000) atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

Luahan wartawan: Huh…Apa punya pesen ni? It’s not even nice! Nak makan pun tak senang. Tak payah lah buat benda gini…Dangerous jer…

Kalau nak aesthetic colour rambut lah. Tindik ke apa. Kalau gigi betul-betul buruk, invest lah kat a real dentist.

Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

Lintah Darah

Written by Lintah Darah

Ibu Tunggal Enam Anak Diusir Keluar, Terpaksa Tinggal Dalam Kereta

Guru Merakamkan Video Untuk Anak Murid Dengan Kaedah Green Screen