in

Terlelap Atas Motosikal, Mahasiswa Meninggal Dalam Kemalangan

Sumber: Getty & Fazli Rashid

Akibat terlelap semasa menunggang motosikal, seorang penuntut universiti maut di jalan raya.

Allahyarham Amin Faiz, pelajar Bacelor Sains (Dietetik) Tahun 4 dari Universiti Putra Malaysia, meninggal dunia pada 29 Jun lalu setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya.

MICROSLEEP SEMASA DI JALAN RAYA

Sebelum kemalangan tersebut berlaku, Allahyarham telah menyatakan menerusi  Instagram Story bahawa dia mengantuk dan terpaksa berhenti dua kali kerana terlelap semasa berada atas motor.

“Tolonglah, aku tak nak microsleep. Dah dua kali berhenti sebab tertidur atas motor,” kata arwah Amin dalam posnya, di mana dia kelihatan berehat di tepi jalan sebelum meneruskan perjalanannya.

Malangnya, kepenatan Allahyarham mengaburi tumpuannya di jalan raya.

Allahyarham meninggal dunia pada 3 petang, beberapa jam selepas pos tersebut dimuat naik.

RAKAN MOHON DOA WARGANET

Terkesan atas pemergian arwah, rakannya Fazli Rashid, menyeru kepada warganet di Twitter untuk sedekahkan Al-Fatihah.

REAKSI WARGANET

Susulan Tweet Fazli, ramai yang mendoakan Allahyarham. Di samping itu, ruangan komen juga dipenuhi dengan penjelasan dan risiko microsleep.

Menurut @elis_lah, yang telah memetik penerangan Majalah Sains, ‘microsleep merujuk kepada satu episod tidur singkat yang tidak dapat dikawal dan berlaku dalam tempoh beberapa saat’.

Ianya ‘terjadi tanpa amaran dan kerap berlaku apabila seseorang individu yang dalam keadaan mengantuk cuba untuk lawan rasa tersebut dan kekal berjaga’.

Dan disebabkan microsleep, ramai pengguna jalan raya hampir kehilangan nyawa mereka.

Untuk mengelakkan diri daripada mengalami microsleep, para pemandu yang berasa letih dinasihatkan untuk tidur seketika sebelum meneruskan perjalanan.

Harap berhati-hati semua!

Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

Chap Chai

Written by Chap Chai

Kanye West Is Running For President

Isteri Carikan Calon Untuk Dimadukan