in

Terkesan Dengan Berita Krew KRI Nanggala Yang Terkorban, Ustaz Ebit Lew Tampil Bantu Keluarga

Ustaz Ebit Lew (UEL) menghulurkan bantuan terhadap keluarga-keluarga mangsa kapal selam KRI Naggala 402 milik Tentera Laut Indonesia. Di dalam sebuah posting Instagram, UEL berkongsi hatinya terdetik untuk menyumbangkan bantuan kepada mereka apabila isterinya sebak melihat berita tragedi kapal selam tersebut di televisyen.

Sumber: Instagram, @ebitlew

“Saya terlihat berita di MetroTv News Indonesia. Isteri yang terkejut menangis. Syukur dapat menghubungi keluarga Serda Diyut dengan bantuan NGO Aksi cepat tanggap madiun . Serda diyut meninggalkan isteri dan 2 orang anak. Dapat bercakap dengan keluarga dan anak beliau. Comel anaknya. Keluarga minta doakan anaknya boleh bercakap dan berjalan. Sekarang umur 5 tahun. Kerana belum boleh bercakap dan berjalan.”

“Saya niat nak beri kata semangat doa dan beri sumbangan  untuk 5 keluarga yang susah mangsa tragedi KRI Naggala-402. Bila call terasa seperti sebuah keluarga jer.”

UEL juga berpeluang membuat panggilan video bersama isteri Serda Diyut Subandriyo, seorang mangsa tragedi tersebut untuk memaklumkan kepadanya bantuan yang ingin dihulurkan.

Warganet terharu dengan hati UEL yang besar dan senantiasa ingin menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

UEL juga dinobatkan sebagai “universal hero” di kalangan warganet.

Ustaz Ebit Lew memang patut dicontohi, beliau sentiasa berebut untuk melakukan amal kebaikan.

Luahan Wartawan: Moga Allah memberkati hidup UEL ni.

His heart is huge and that itself is a blessing from Him. We should all aspire to be like him in some way or the other. He is such an inspiration.

Salam takziah kepada keluarga mangsa tragedi tersebut. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka.

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Belalang Biru

Written by Belalang Biru

Penciplak Sambal Nyet Tampil Minta Maaf, Khairul Aming Letakkan Beberapa Syarat

Dulu Dikasihani, Kini Dikecam, Netizen Korek Cerita Sebenar Abang Burger Dikompaun