in

Terdesak, Jurugambar Tanpa Klien Pamerkan Beberapa Gambar Dalam Tweet, Oprah Terus Beri Pekerjaan

Seorang jurugambar yang sedang mencari projek baru setelah lama tidak dapat membuat penggambaran dikejutkan apabila Oprah Winfrey memberinya tawaran kerja.

Malcolm Manning mempamerkan beberapa keping gambar di sebuah tweetnya sebagai harapan terakhir untuk mencari pelanggan berbayar.

Beliau dikejutkan dengan retweet Oprah yang menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengannya.

“Saya benar-benar terkejut,” kata Manning. “Apa yang patut saya jawab pada seseorang seperti Oprah?”

Menurut tweetnya, Oprah dalam perancangan untuk melancarkan semula laman web Majalah Oprah pada 2021 yang kini akan menampilkan karya dari Manning.

Warganet menumpang gembira apabila Manning diberi tawaran tersebut.

Publisiti daripada tawaran kerja Oprah Winfrey membuka peluang untuk Manning apabila beliau ditawarkan beberapa tugasan yang lain menurut laporan NJ.com

Menurut Fox 10 Phoenix, Oprah sering memberi tawaran pekerjaan seperti ini sebagai salah satu cara untuk menyumbang kembali kepada warganet pada musim Krismas.

Manning juga cuba mengambil inspirasi dari Oprah dengan mempromosikan atau memberi kata perangsang kepada jurugambar sepertinya dulu.

Semoga ini menjadi inspirasi buat mereka yang sedang “struggle” untuk mencungkil nama di ranjang seni.

Luahan Wartawan: Say what you want about Oprah but she is one of the generous celebrities who are willing to give people a fair chance.

As long as you’re willing to hone your craft, opportunities will come at your door and learn to grab it.

Aku tengok his shots, memang baik. All the best, Manning.

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Lintah Darah

Written by Lintah Darah

Gambar Paramedik Yahudi Dan Muslim Berehat Sambil Sembahyang Bersebelahan Tular, Dipuji Netizen

Nenekku Youtuber, Rilek Jer Buat Video Memasak, 8 Juta Tontonan Setiap Bulan