in

Takkan Nak Berenang? Grab Rider Temui Jalan Buntu Disuruh Hantar Makanan Ke Pulau Seletar

“Sejak bila aku bawa Grab sampan?” soal seorang penghantar makanan Grab apabila menerima kiriman untuk memesan makanan ke kawasan perairan.

Kelmarin (26 Julai), penghantar makanan Grab, Muhammad Ruzhael Marwazi, mengongsi di Twitter bahawa dia menerima pesanan untuk menghantar makanan dari Kimly Seafood Yishun Ave 11 ke Pulau Seletar.

Sumber: Muhammad Ruzhael Marwazi

Katanya kepada wartawan dini pagi semalam, pesanan tersebut diterimanya secara automatik kerana dia membuka fungsi auto accepting feature agar dapat menerima sebanyak mungkin penghantaran.

Namun setelah mendapati kawasan yang dicatatkan tidak boleh diaksesnya, belia 19 tahun ini meminta bantuan daripada penyelia live chat Grab.

“Saya menghubungi mereka dengan harapan mereka dapat membatalkan kiriman tersebut.

“Saya enggan membatalkannya sendiri kerana pelanggan membayar menggunakan cash dan jika dibatalkan, situasi akan bertambah rumit. Lagipun, saya hendak meraih insentif hujung minggu,” jelas Ruzhael yang berkata, seseorang penghantar makanan tidak dapat peroleh insentif jika kadar pembatalan melebihi 10 peratus.

PENYELIA TIDAK DAPAT MEMBANTU

Walau bagaimanapun, perbualan Ruzhael bersama penyelia berkenaan tidak menemui jalan penyelesaian.

Berdasarkan mesej mereka yang disertakan dalam Tweet berbenang, Ruzhael menjelaskan bahawa pelanggannya berada di Pulau Seletar dan pastinya, dia tidak boleh mengakses kawasan tersebut dengan motor.

Justeru, pelajar Higher NITEC dalam jurusan perfileman ini bertanya jika penyelia berkenaan boleh membatalkan kiriman tersebut atau memberinya tugasan baharu.

Sumber: Muhammad Ruzhael Marwazi

Namun demikian, penyelia berkenaan berkata lokasi tersebut “dalam jarak yang boleh diterima untuk kenderaannya” lantas, dia tidak boleh memberi Ruzhael tugasan baharu.

Bahkan, penyelia tersebut juga menyuruh Ruzhael untuk terus mengirim pesanan.

Sumber: Muhammad Ruzhael Marwazi

Bengang dengan respons yang diberi, Ruzhael memberitahu wartawan bahawa dia membatalkan kiriman dua makanan dan satu air itu sendiri dan pulang ke rumahnya di Tampines untuk berehat.

Pada akhirnya, Ruzhael — yang bekerja dua hingga tiga hari pada hujung minggu atau selepas waktu sekolah — tidak menerima wang insentif sebanyak $30.

Katanya, dengan gaji dan insentif tersebut, dia menggunakannya untuk membayar kos motosikal Honda CB150R Exmotion dan menampung kos perbelanjaan lain.

REAKSI WARGANET

Tweet berbenang tersebut meraih 7.7 ribu retweets.

Tweet asal. Sumber: Muhammad Ruzhael Marwazi
Tweet asal. Sumber: Muhammad Ruzhael Marwazi

Ia turut menjana berpuluh komen daripada warganet yang tergelak membaca situasinya.

Sumber: Muhammad Ruzhael Marwazi
Sumber: Muhammad Ruzhael Marwazi
Sumber: Muhammad Ruzhael Marwazi
Sumber: Muhammad Ruzhael Marwazi

Malahan Ruzhael juga menganggap kejadian tersebut sebagai “insiden yang melucukan” dan tidak rasa kiriman tersebut adalah prank, tetapi kiriman daripada seseorang yang kurang fasih menggunakan khidmat Grab.

GRAB MINTA MAAF

Lantaran kekecohan di Twitter, Grab mengambil langkah untuk menghubungi Ruzhael.

Kata Ruzhael kepada wartawan 2 petang semalam, seorang jurucakap Grab telah menghubunginya untuk meminta maaf atas kejadian semalam.

Menurut jurucakap yang bernama “Ell”, pelanggan yang meminta makanan dihantar ke Pulau Seletar tidak menjawab panggilan ketika dihubungi.

Atas dasar muhibah, Grab juga berjanji untuk menokok $15 ke dalam akaun cash wallet Ruzhael.

Setakat 6:30 petang, Ruzhael menjelaskan bahawa dia telah membawa turun Tweet berbenang berkenaan atas perintah Grab.

Difahamkan, Grab cuma akan memberikan wang yang dijanjikan jika Tweet tersebut sudah dibawa turun.

Maklumat terkini, pada 8 malam, Ruzhael menerima e-mel yang mengatakan bahawa tokokan $15 telah dimasukkan dalam akaun cash wallet.

Luahan wartawan: Kira Grab goyang dengan Tweet budak 19 tahun eh..hehe. Tapi aku rasa ada orang prank. Macam weird kan. I mean logically speaking, what makes you think Grab or other delivery companies boleh deliver kat kau, yang tengah keje tengah-tengah laut? Plus, he would’ve answered the calls atau complain kalau tak dapat makanan kan?

Anyway, aku nak buat PSA. Ruzhael nak pesan something kat kita semua:

“I’d just like to encourage users of delivery apps to pay with card instead of cash more as it makes things really difficult for riders. Additionally during this COVID-19 period, its best we stick to contactless delivery for everyone’s safety.

“And on behalf of all delivery riders, I’d like to thank all the customers who went the extra mile to give us tips, or drinks or small tokens of appreciation. I cannot stress to you how much it means to us riders.

‘It really warms our hearts and there’s been a few times where I felt like crying because I felt touched.”

Jadi ingatlah, bayar pakai card sudah. Untuk keselamatan kita jugak. Kalau ada rezeki lebih, kongsilah. And most importantly, jangan letak location merepek 😡

Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

Lintah Darah

Written by Lintah Darah

Wanita Westside Lebih Lawa, Nasi Lemak Lebih Sedap Dan Orangnya Lebih Peramah

Kemas, Tenaga Kerja Masjid Susun Selipar Secara ‘Social-Distancing’ Ketika Sholat Jumaat