in

Tak Payah Keluar Kereta, Majlis Walimah Pandu Lalu Menjadi Realiti

Keadaan COVID-19 telah membuahkan idea-idea alternatif di kalangan bakal mempelai yang berkobar-kobar untuk mendirikan rumah tangga.

Beberapa bulan lepas, ramai memilih untuk bernikah secara dalam talian.

Sumber: Instagram, @nazrulauzan

Terbaru, majlis persandingan pula dilakukan secara drive-thru.

Pada 27 Jun (Sabtu), pasangan pengantin Norazura Mohd Ali dan Aguzz Aguss dari Kluang, Johor, mengadakan walimatulurus berkonsepkan pandu lalu — di mana tetamu yang hadir cuma dapat berinteraksi dengan pasangan berkenaan dari dalam kereta.

Sumber: Facebook, Viral Media Johor

Dalam pada itu, terdapat juga standard operating procedures (SOP) yang harus dipatuhi untuk memastikan keselamatan orang ramai:

  • Kenderaan menuju ke kanopi pelamin harus beratur
  • Pemeriksaan suhu badan oleh anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA)
Sumber: Facebook, Viral Media Johor
  • Nama dan nombor telefon harus dicatatkan
Sumber: Facebook, Viral Media Johor
  • Masukkan sumbangan ke dalam tabung ‘Salam Keruk’ yang disediakan
Sumber: Facebook, Viral Media Johor
  • Apabila jumpa pengantin yang sedang menunggu di pelamin, beri salam, ucap tahniah dan serahkan hadiah tanpa keluar dari kenderaan dan bersentuhan
Sumber: Facebook, Viral Media Johor
  • Setiap kenderaan diberikan hanya satu minit sahaja untuk bertemu mempelai
Sumber: Facebook, Viral Media Johor

Mulai 1 Julai 2020, rakyat Malaysia dibenarkan untuk mengadakan majlis persandingan terhad kepada 250 pada satu-satu masa. Majlis juga hanya dilakukan dalam tempoh tiga hingga lima jam.

Di Singapura pula, cuma 20 tetamu dibenarkan untuk memeriahkan majlis.

Luahan wartawan: Wah cool! So simple and fast. Tak payah nak salin-salin, bayar berpuluh ribu…Best seh aku nak buat gini ah time kahwin.

Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

Chap Chai

Written by Chap Chai

Zizan Menangis Tatkala Gadis 10 Tahun Menghidapi Jangkitan Kuman Paru-Paru Berdoa

Pemuda Lukis Mural Wira Negara Untuk Menzahirkan Perasaan Terima Kasih