in

Tak Boleh Tulis Perkataan ‘Merry Christmas’ Atas Kek, Pegawai JAKIM Dakwa Boleh Jejas Sijil Halal

Isu kedai kek yang menolak permintaan menulis ucapan Merry Christmas di atas kek yang ditempah menjadi topik hangat beberapa hari lalu. Menurut laporan MalaysiaNow, seorang pegawai kanan JAKIM mengatakan ucapan tersebut boleh menjejaskan penganugerahan sijil Halal.

Ia menimbulkan soalan syarat yang ditetapkan JAKIM.

Pedas dan padu.

Memang pun cuma tulah, korupsi.

Namun, Menteri dan Mufti Wilayah, Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan keadaan yang sebenar.

Beliau menegaskan lagi bahawa tiada larangan yang dikhususkan untuk perayaan selain Islam dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020. Ini bermakna ucapan boleh ditulis jika diminta pelanggan tetapi ia tidak boleh dipamerkan dalam kedai.

Dalam kesimpulan, Datuk Zulkifli memberikan pembayangan yang senang untuk difahami orang awam.

MalaysiaNow melaporkan bahawa seorang pelanggan terkejut apabila menerima kek dengan “Happy Holidays” apabila dia telah meminta agar ia dihiasi dengan hasrat “Merry Christmas”.

Laporan itu berkata kedai tersebut telah menolak permintaan itu kerana dalam proses mendapatkan sijil halal. Tuan kedai itu kemudian memetik seorang pegawai tanpa nama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang mendakwa logo halal yang dikeluarkan oleh Sistem Pengurusan Halal tidak boleh digunakan untuk mempromosikan agama lain.

Pelanggan tersebut mempercayai ia mungkin kesilapan oleh seseorang di JAKIM.

Datuk Zulkifli berkata, wakil Jakim telah menghubungi wartawan MalaysiaNow untuk memberi penjelasan.

Beliau melahirkan harapan agar penjelasannya akan menamatkan kontroversi itu. Dalam tweetnya yang disimpulkan, beliau mengucapkan selamat maju jaya kepada penganut Kristian dan kesihatan yang baik.

“Saya berharap pengikut agama Kristian di Malaysia dikurniakan keamanan, kesihatan yang baik, kebahagiaan dan kemakmuran pada tahun-tahun akan datang,” katanya.

Luahan Wartawan: You’re worried about the wrong thing here.

Kalau setakat memberi dan menulis ucapan boleh menjadi “syirik, munafik, fasikh” kerana menyekutukan Allah, tu menjadi soalan iman sendiri.

Benda-benda remeh macamni tak payahlah, jangan menyusahkan orang lain. Islam is easy, people make it hard for others.

Macam Coney Dog, Root Beer, Hotdog dah memang orang panggil dia macamtu, perlu nak rename pasal tak “islamic”? Kau pun tahu kau makan daging ayam kan, bukan anjing.

Oh ya cakap pasal daging, tu lagi isu besar nak kena settle. Dah 40 tahun rakyat makan daging haram, makan daging kanggaru tu apehal?

Bukan ke pegawai korang jugak yang buat hal kerana duit dan nafsu? Siapa nak tanggung beb? Mana lagi penting, daging haram ke ucapan perayaan?

Renung-renungkan lah ye.

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Lintah Darah

Written by Lintah Darah

Anggota Polis Filipina Diberkas, Bunuh Pasangan Ibu Dan Anak, Video Tembakan Tular

Penjara 6 Bulan Untuk Influencer Yang Minta Gambar Bogel