in

Syarikat Malaysia Hasilkan Kondom Berperisa Kari, Ramai Bimbang, Takut Terlalu Pedas

Kondom Perisa Kari— sejenis kondom yang dihasilkan khas buat para individu yang ingin menghangatkan lagi hubungan asmara bersama kekasih tercinta.

1 Ogos lalu, ONE Condoms— sebuah syarikat Malaysia yang terkenal dengan penjualan kondom berperisa unik— telah melancarkan kondom ONE Super Sensitive Perisa Kari yang mengandungi bahan-bahan seperti cili merah, bawang putih, lada hitam dan kunyit.

Sumber: Instagram, onecondoms.my

Kaya dengan aroma kari, ONE Condoms mengesyorkan produk mereka kali ini “bukan sahaja akan membuat perut pengguna ‘growl’, malah juga akan membuat pengguna ‘prowl’”.

Sumber: Instagram, onecondoms.my

Tambah ONE Condoms, kondom Perisa Kari mereka juga “begitu lazat” dan akan membuat pengguna “come back for seconds”.

REAKSI WARGANET

Sejak pelancaran Perisa Kari, peminat tegar produk ONE Condoms telah meluahkan keghairahan mereka.

Ada juga yang tertanya-tanya akan “tahap kenikmatan” kondom ini.

Pada masa yang sama, terdapat juga seorang peminat dari Singapura yang berasa hampa kerana kondom Perisa Kari hanya boleh didapatkan di Malaysia.

Namun melihat respons ONE Condoms, penduduk Singapura nampaknya boleh menjangkakan pelancaran kondom-kondom tidak konvensional ini di Singapura pada masa terdekat.

Aku pun excited!

KONDOM UNTUK TEKAK MELAYU

Sebelum ini, syarikat ONE Condoms juga pernah mengeluarkan kondom berperisa:

dan nasi lemak

Sumber: Google

Berdasarkan tinjauan wartawan, hanya kondom Super Sensitive Teh Tarik Kurang Manis sahaja yang terdapat dalam pasaran setempat.

Namun, perisa tersebut sudah habis dijual. #sadlyfe.

Luahan Wartawan: Lepas ni kalau kau tak cukup bahan untuk masak kari, kau campak jer 2 ke 3 helai condom. Settle menu.

Initially, aku found this disgusting. Like kalau setakat nak perisa kari tu, makan jer lah kari sebelum sexy time. Tapi tulah, sekarang aku intrigued pulak…Siapa ada cable tolong deliver to Singapore please. Aku nak buat kajian. 

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Chap Chai

Written by Chap Chai

Singapore Football Chant Remix A Hit, Many Suggested For It To Be An Official NDP Song

Hairi Dan Haqim, Pemuda Disebalik Kejayaan Lagu Dan Video Viral P0$P0N