in

Sweet Tahap ‘Next Level’, Lelaki Siapkan Google Form Untuk Keluar Dengan Wanita Ini

Seorang pengguna Twitter Bella, mengongsikan pengalaman luarbiasa beliau “dilamar” oleh temannya.

Bella mengatakan temannya itu menyuruhnya mengisi borang Google.

Menurut tangkapan skrin yang dikongsi, Google Form tersebut mempunyai meme dan beberapa soalan yang menyertainya mengenai aktiviti yang ingin beliau lakukan bersama semasa temu janji.

Ini termasuk pergi ke kafe, taman, atau filem. Lelaki juga meninggalkan pilihan di mana dia bebas untuk mencadangkan lokasi lain.

Borang Google tersebut dilengkapkan dengan pertanyaan tarikh yang sesuai untuk berjumpa. Warganet menyetujui bahawa cara lelaki tersebut mengajak Bella keluar amat comel dan kreatif.

Ada juga yang mengatakan ia amat biasa cuma wadah yang dipilih berbeza.

Bella memilih untuk ke taman haiwan namun kerana hujan, akuarium menjadi pilihan seterusnya.

Bella juga mengatakan ini adalah cara yang amat dialu-alukan kerana kreativiti lelaki tersebut.

Ruang komen dipenuhi dengan pendapat yang berbeza.

Terkenang zaman sekolah dulu ya?

Lain orang lain cara. Generasi Millenial memang lebih suka bersembang di kedai kopi kerana ia lebih mesra dan relaks. Jadi sekarang, ikut peredaran masa, gitu.

Ni, I have no words. 😆😆😆

Kan dah kena sekolah. Memang cute tapi tu lah, borang Google ni memang boleh personalize.

Tak boleh dinafikan memang comel tapi ia tak lah sekreatif mana. Yang penting, Bella gembira dengan cara lelaki tersebut cuba menambat hatinya.

Luahan Wartawan: Aduhhh. Cute tapi corny.

Untuk budak-budak muda yang baru nak berjinak-jinak dating, okaylah boleh. Kalau aku, tak kuasa.

And I’m not even being salty.

Nak kenal-kenal dengan aku, be my friend and ask me out directly. Aku rasa lebih sincere.

Mungkin aku oldskool, or maybe I’m just old. But I’ve seen variations of these in my lifetime. Wadah je berbeza.

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Chap Chai

Written by Chap Chai

Pemuda Bertatu Seluruh Badan Berhijrah, Ubah Haluan Hidup Dan Pilih Untuk Jadi Bilal Di Masjid

SMS, Gambar Sayap Pesawat Antara Mesej Dihantar Mangsa Sriwijaya Air Kepada Ayah Dan Adik