in

Superhero Malaysia, Ustaz Ebit Lew Berikan Kerusi Roda Secara Percuma Bagi Mereka Yang Memerlukan

Pendakwah bebas terkenal dari Malaysia, Ustaz Ebit Lew telah membeli 150 kerusi roda untuk disumbangkan kepada sesiapa yang memerlukan dengan percuma.

Beliau memaklumkan perkara tersebut menerusi satu posting di lelaman Facebooknya yang kini telah meraih lebih daripada 230,000 likes, 9000 komen dan 23,000 shares.

Sumber: Facebook, Ebit Lew

Dalam perkongsian tersebut, beliau memohon agar orang ramai dapat mendoakan usahanya apabila baru sahaja membeli semua kerusi roda tersebut.

Ebit Lew meminta supaya mereka yang memerlukan untuk menghubungi Pertubuhan Kasih Umat Malaysia bagi mendapatkan kerusi roda tersebut secara percuma.

Beliau juga memberi jaminan akan menambah lagi kerusi roda jika jumlah yang sedia ada tidak mencukupi.

Posting beliau itu dihujani pelbagai komen positif dan kata-kata pujian daripada para netizen yang berbilang bangsa.

Sumber: Facebook, Ebit Lew

Ustaz Ebit memang sentiasa pantas membantu golongan dalam kesusahan tanpa mengira kaum dan agama serta latar belakang.

Semoga segala usaha beliau akan terus memberi manfaat kepada rakyat yang memerlukan terutama ketika berdepan kesukaran akibat penularan pandemik.

Luahan Wartawan: Malaysia’s very own version of Captain America strikes again. Kadang-kadang terfikir juga, Ustaz Ebit ni mungkin superhero power dia adalah dia boleh tau bila ada orang memerlukan needs help.

It’s really amazing how fast his team responds. Semoga Allah berkati Ustaz Ebit Lew always for everything that he does.

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Lintah Darah

Written by Lintah Darah

Nenekku Youtuber, Rilek Jer Buat Video Memasak, 8 Juta Tontonan Setiap Bulan

Guru Praktis Senyum Sebelum Masuk Kelas Tular, Raut Wajah Kepenatan Terpampang Sebelum Masuk Kelas