in

Super Ring Menjadi Wahana Troll Ahli Politik

Populariti snek Super Ring di Malaysia kian meningkat sejak video seorang wanita yang kurang senang dengan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia tular April lalu.

Dalam keluhan, wanita berkenaan yang dikenali sebagai ‘Akak Super Ring’ menyanyah:

“Duduk boleh makan keropok Super Ring dengar berita.”

Dari situ, Akak Super Ring bukan sahaja menjadi bahan lawak di kalangan warga Malaysia malah, turut mendapat perhatian anggota politik termasuk bossku, Datuk Seri Najib Razak.

28 Mei lalu, mantan Perdana Menteri Malaysia ini dilihat memakan Super Ring sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamad dan empat lagi Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dipecat.

Dengar kata ada orang dipecat?

Posted by Najib Razak on Thursday, May 28, 2020

Ibarat memakan diri sendiri, Super Ring kini pula menjadi bahan Ahli Parlimen untuk  ‘menganjing’ Datuk Seri Najib yang baru-baru ini, dijatuhi hukuman 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan salah guna kuasa.

 

“Makanlah Super Ring” – Mat Sabu
“Nanti dia akan troll sama kita lagi” – Guan Eng.

Posted by Tentera Troll Kebangsaan Malaysia on Wednesday, July 29, 2020

Di sebalik obsesi politik Malaysia dengan keropok ini, saham syarikat Super Ring iaitu Oriental Food Holdings Berhad difahamkan telah menunjukkan peningkatan mendadak sebanyak hampir 100 peratus.

Tiada kesahihan bahawa kenaikan berkenaan disebabkan politik.

Namun yang pasti, nama Super Ring yang sering disebut dan menjadi bahan troll di Malaysia secara tidak langsung bertindak sebagai promosi percuma buat jenama tersebut.

Luahan wartawan: Tahniah, Super Ring.

Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

Lintah Darah

Written by Lintah Darah

Women Take Up Challenge From Turkey To Post Black And White Photos

Que Haidar Menambat Hati Penonton Dengan Watak Lembut