in

Suami Kenakan Bayaran RM10 Untuk Potong Kobis, Isteri Balas Dengan Harga RM15 Untuk Masak

Julia Thulasi, seorang warganegara Malaysia mengongsikan kisah lucu yang berlaku antara beliau dan suaminya melalui sebuah posting di Facebook. 

Sumber: Facebook

Suaminya mengenakan bayaran RM10 untuk memotong sayur kobis sebagai upah. 

“Potong cabbage service charge RM10. PAY CASH! No instant transfer”

Dalam catatannya, Julia menjelaskan bahawa suaminya tidak bekerja pada hari itu, jadi beliau meminta pertolongan menyediakan sayur-sayuran untuk memasak buat makan malam mereka. Namun, Julia terkejut melihat sepucuk surat yang ditinggalkan suaminya bersama sayuran yang sudah disediakan. 

Julia kemudian memberikan jawapan dengan cara yang sama pada suaminya itu setelah menyiapkan jamuan. 

“En Suami, RM15. *BAYAR DULU SEBELUM MAKAN. NO HUTANG!!”

Encik suami kemudian terdiam dan hanya menganggukan kepalanya sebagai tanda menyerah kalah. Warganet berseloroh dengan telatah pasangan suami isteri tersebut. 

Memang mahal benar service charge dia tu. 

Biasalah dalam rumah tangga mesti ada senda gurauan kan. 

Aah tu dia. 

Memang sweet pasangan suami isteri ni. 

Luahan Wartawan: Amboi bang, servis caj kau melampau. 

Baru potong sayur je nak 10 ketul. Isteri yang penat lelah memasak tu, lagi tinggi tau her per hour rate. 

Tapi tulah, tanpa senda gurauan dalam rumahtangga nanti boring pula kan. 

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Lintah Darah

Written by Lintah Darah

Ustaz Ebit Lew Henti Misi Dakwah Sampoerna, Bakal Dipenjarakan Kalau Terus Sambung

Wanita Ini Mengambil Gambar Dirinya Membaca Buku Dengan Tajuk Lucu, Reaksi Orang Ramai Pelbagai