in

Suami Benarkan Isteri Peluk Bekas Kekasih Untuk Kali Terakhir Di Atas Pelamin Waktu Persandingan

Demi membahagiakan isterinya, lelaki ini sanggup menggadaikan kejantannya.

Sejak semalam (20 Januari), video seorang suami membenarkan isterinya memeluk bekas teman lelakinya sewaktu majlis persandingan mereka tular di TikTok.

@mayangkumay

Balas @nikennalee well netizen yg terhormat semua bebas berpendapat dipersilahkan ? #fyp

♬ original sound – Mayangkumay – Mayangkumay

Berlaku di Indonesia, pengantin perempuan, Mayang Kumay, kelihatan ceria apabila bekas teman lelakinya (baju putih) naik ke pelamin untuk bersalam-salaman.

OMG mantanku!

Mayang kemudiannya memusing ke arah suaminya dan menunjukkan nombor satu sambil bertanya:

“Boleh nggak peluk sekali aja?”

Barangkali takut bergaduh jika menjawab “nggak boleh”, suaminya, yang kelihatan pasrah, mengangguk kepala.

Tanpa berlengah, Mayang terus mendakap erat sambil mengusap-usap badan mantannya sementara suaminya melihat aksi mereka dengan penuh redha.

Step senyum…Padahal padahal…

Setelah puas berpelukan, bekas kekasih Mayang memeluk suaminya pula.

Like a bro hug is gonna make the man feel any better.

REAKSI WARGANET

Susulan penularan TikTok ini, warganet mengutuk kelakuan Mayang dan berpendapat bahawa dia tidak layak dijodohkan dengan lelaki seperti suaminya.

Mayang juga dikatakan tidak menghormati suaminya dan diminta agar meminta maaf.

Warganet juga memperingatkan Mayang untuk jangan meroyan sekiranya suaminya memeluk wanita lain.

Walau bagaimanapun, ada yang tidak menyalahkan Mayang malah berpendapat bahawa suami Mayang seorang lelaki dayus.

Adakah lelaki ni dayus? Ke perempuan ni yang macam siak? Hmm…Share padangan korang!

Luahan wartawan: Kesian member terpaksa kasi permission…Pasrah jer muka dia. Yang perempuan tu pun satu. So insensitive. Lain kali nak buat benda macam ni janganlah buat depan laki kau. Nanti dia ungkit-ungkit. Memang dia allow kau untuk peluk. But kau tengoklah esok lusa dia down jer tanak berbual dengan kau. Next time tak payah mintak permission. Buat jer senyap-senyap belakang pelamin. Some things are better left unsaid.

Apa-apa pun, tahniah kepada mempelai. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu.

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Lintah Darah

Written by Lintah Darah

Remaja Lemas Setelah Menyelamatkan Dua Sahabatnya

Warga Asing Di Bali Kena Buat ‘Push Up’ Kalau Tak Pakai Mask Sebab Saman Tak Lut