in

Prof Muhaya Dikecam Netizen, Minta Perempuan Berlagak Bodoh Untuk Cepat Dapat Jodoh

Video hujah “Kenapa Wanita Lambat Dapat Jodoh” oleh pakar bedah mata dan motivasi, Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad, dibidas hebat kaum wanita sejak video tersebut tular di Twitter pada 8 Jun.

Menerusi video berdurasi 56 saat itu, Prof Dr. Muhaya berkata, kaum wanita seharusnya menghargai kekuatan kaum lelaki kerana mereka merupakan ketua.

“Walau macam mana suami kita, dia tetap imam kita. Kalau solat, kita pangkat besar macam mana pun kat ofis, kalau kat ofis kita ada seorang pekerja am, seorang CEO perempuan, bila berimam, siapa kat depan? Masih yang laki-laki.

“So orang perempuan, walau macam mana pun you all, please, mesti kita celebrate apa yang Allah beri tentang kepimpinan lelaki. Imam pun lelaki. Nabi-nabi pun lelaki.”

Yay kawan-kawan! Jom, kita celebrate kebesaran laki kita!

Tambah beliau, kaum wanita tidak perlu “sibuk” untuk cuba setanding dengan kaum lelaki kerana sifat bermotivasi tinggi sebegini hanya akan melambatkan jodoh seseorang wanita.

Hurainya, kaum lelaki lebih berkenan dengan wanita yang berperwatakan lembut dan “bodoh”.

Ala-ala bimbo.

“Jangan sibuk nak liberate, nak berdiri sama-sama lelaki. No. Nanti (Bila) you all sibuk nak buat apa yang lelaki nak buat,  testosterone (akan) meningkat dan bagi siapa yang belum kahwin, lambat jodoh.

“Siapa yang tinggi testosterone, asyik nak drive, nak achieve, nak independent, memanglah. Orang lelaki suka perempuan lembut-lembut, high estrogen, mengharapkan, perlu ditolong, biarlah macam bodoh-bodoh sikit. Itu bolehlah. Sesiapa yang lambat-lambat jodoh tu, tengok you punya karekter macam mana,” kata Prof Dr. Muhaya.

REAKSI WARGANET

Antara yang mengeluarkan pendapat bertentangan dengan hujah Prof Dr. Muhaya termasuk pakar perubatan tersohor, Dr Amalina Bakri dan Dr Imelda Balchin, serta para pelakon, Diana Danielle dan Fatimah Abu Bakar.

Seorang lagi doktor, Dr Rafidah Abdullah turut, memperingatkan orang ramai, khususnya Prof Dr. Muhaya, untuk lebih berwaspada dan bertanggungjawab sewaktu mengeluarkan hujah.

Malah, kaum lelaki turut membidas kenyataan Prof Dr. Muhaya dan berpendapat bahawa kaum wanita yang berkebolehan lebih menarik daripada mereka yang “lemau”.

Golongan ini turut mendorong kaum wanita untuk terus maju dalam kehidupan.

Luahan Wartawan: Mampos sudah. Darah aku up siak tengok video dia. Aku macam nak makikan ajer.

What kind of motivational speaker is this? Kau jangan asal boleh hembus ah. Religion is religion. Work is work. Dah kalau perempuan tu memang pandai and is committed in her job, biarlah. Apa masalah kau? What’s wrong with wanting a good, easy life? Isn’t it a good thing? Kita tak susahkan lelaki siak.

Aku lagi rela jadi andartu “with high testosterone levels” daripada step bodoh bimbo depan lelaki just so that he will marry me. Pergi telan bomb ah sia. I’m not gonna short change myself for some ching chong ling long, bitch.

Please eh aku merayu kepada kaum perempuan, tolonglah jangan dengar cakap makcik ni. Please upgrade yourselves, find a good job, make money and support yourself. Jangan harapkan laki untuk support kau. Biar laki kau useless, kau jangan jadi bodoh pergi jadi useless macam dia jugak.

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

 

Chap Chai

Written by Chap Chai

Video Upacara Sembahyang Diganggu Oleh Jiran Berlainan Bangsa Tular

Penyewa Diminta Bayar Sewa Tambahan $400 Untuk Kerja Dari Rumah, Tambah $13 Kalau Balik Lambat