in

Aliff Syukri Isi Borang Untuk Jadi PM Malaysia

Usahawan terkenal, Dato Aliff Syukri, meluahkan hasratnya untuk mengangkat jawatan sebagai Perdana Menteri Ke-9 Malaysia susulan pengunduran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 16 Ogos 2021 (Isnin).

Pendedahan itu dibuat petang tadi setelah usahawan kosmetik 34 tahun ini memuat naik foto borang permohonan jawatan Perdana Menteri, yang telah dilengkapkan dengan butiran peribadinya.

Sumber: Instagram, Aliff Syukri

“Kalau ada rezeki tak ke mana,” katanya di Instagram.

Beliau turut memohon kepada orang ramai untuk mendoakan semoga urusannya dipermudahkan.

REAKSI WARGANET

Menitip ruangan komen, majoriti warganet menganggap pos Dato Aliff sebagai bahan jenaka.

Malah, mereka turut terhibur akan kesilapan Dato Aliff, yang terlupa untuk mengaburkan nombor kad pengenalannya.

Meski kesahihan borang tersebut tidak dapat dipastikan, sudah terdapat beberapa warganet yang menyuarakan sokongan mereka terhadap tindakan Dato Aliff.

Namun, ada pula yang menggesa Dato Aliff untuk melupakan hasratnya kerana beliau tidak mempunyai kaliber seorang ketua negara.

KEPINCANGAN POLITIK MALAYSIA

Terdahulu, Perdana Menteri Ke-8 Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah meletak jawatan setelah hilang sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Beliau kini memegang jawatan Perdana Menteri sementara sehingga penggantinya dipilih.

Luahan Wartawan: Aduh Dato…Nombor IC pun tak tau jaga. Macam mana nak jaga state secrets? Hais pelik lah. At this point aku tak tau lah dia main-main ke betul-betul ke apa…

Semoga PMO Malaysia dapat membuat pemilihan yang tepat 🙏🏼

Listen to Plan B’s Podcast this week!

Join Plan B’sCommunity: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

 

 

  • Siapakah yang patut dilantik sebagai PM Malaysia?

    • Aliff Syukri
    • Anwar Ibrahim
    • Mat Sabu
    • Bung Moktar
Belalang Biru

Written by Belalang Biru

An Activist Of Affordable Healthcare, My Reflections – Darren Mak

Surah An Nasr Recited In An Iconic Takeover By Taliban