in

SMS, Gambar Sayap Pesawat Antara Mesej Dihantar Mangsa Sriwijaya Air Kepada Ayah Dan Adik

SMS terakhir kepada ayah, itulah yang dihantar oleh seorang penumpang pesawat Sriwijaya Air SJ 182 kepada ayahnya untuk mengumumkan bahawasanya ujian Covid-19 yang diambil baru-baru ini adalah negatif.

Pesawat Sriwijaya Air SJ 182 yang jatuh terhempas pada 9hb Januari 2021 merupakan satu lagi peristiwa sedih yang menggoncang nusantara pada permulaan tahun 2021 ini.

Indah Halimah Putri, salah seorang penumpang pesawat tersebut sempat menghantar SMS kepada ayahnya sebelum musibah itu terjadi. Menurut ayah Indah, pesanan terakhir dari anaknya itu adalah untuk memberitahu ayahnya bahawa ujian Covid-19 nya adalah negatif.

Sumber: tribunnews.com

Indah juga mengatakan di dalam pesanan itu bahawa penerbangan pesawatnya tertunda kerana cuaca yang buruk di Jakarta.

Selain daripada menghantar SMS ke ayahnya, Indah juga sempat mengirimkan gambar sayap pesawat Sriwijaya Air SJ 182 yang dinaikinya itu kepada adiknya melalui WhatsApp.

Gambar itu dikelihatan diambil daripada tingkap pesawat dan ia juga menunjukkan betapa buruknya cuaca pada masa itu.

Sumber: tribunnews.com

Gambar itu juga disertai pesanan daripada Indah kepada adiknya untuk mendoakan keselamatannya. Indah dilaporkan menaiki pesawat itu bersama suaminya, ibu mertuanya, anak saudaranya dan juga anaknya yang berumur 7 bulan.

Pesawat Sriwijaya Air SJ 182 baru sahaja berlepas daripada Lapangan Terbang Bandara Soekarno-Hatta di Jakarta dan sedang menuju ke Pontianak apabila ia dilaporkan terputus hubungan dengan kawalan lalu lintas udara.

Pesawat itu juga dilaporkan membawa 62 penumpang termasuk 12 kru, 7 orang kanak-kanak dan 3 orang bayi pada masa itu.

Luahan Wartawan: First the floods in Malaysia, now this. Siapa ingat everything will end in 2020 is very wrong. 2021 is off to a real bad start.

Salam takziah kepada semua mangsa dan keluarga yang terlibat dalam musibah ini. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan mereka.

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Belalang Biru

Written by Belalang Biru

Sweet Tahap ‘Next Level’, Lelaki Siapkan Google Form Untuk Keluar Dengan Wanita Ini

Bayi 16 Bulan Meninggal Dunia Didera Ibu Bapa Angkat, Pankreas Pecah, Lebih 800 Video Dera Dirakamkan