in

Rakam Meroyan Tak Dapat 100 Juta Followers, Influencer Ini Kemudian Kehilangan 1 Juta Followers

Charli D’Amelio, bintang sensasi TikTok menjemput amarah warganet kerana biadap dan sombong.

Drama tersebut bermula apabila video makan malam bersama The D’Amelio Family di muat naikkan ke laman Youtube, di mana James Charles menjadi tetamu undangan.

Keluarga D’Amelio disajikan makanan di masak oleh Aaron May, seorang “Chef Extraordinaire” yang diiktiraf oleh Arizona Culinary Hall of Fame.

Mereka disediakan hidangan popular Sepanyol iaitu paella. Kakak Charli, Dixie, termuntah setelah mencuba sejenis siput di dalam hidangan tersebut lalu Charli meminta Chef May menyediakannya “dino nuggets.”

Charli juga merungut kerana tidak dapat mencapai sasaran 100 juta followers di TikTok dalam tempoh setahun dalam perbualannya bersama James Charles.

“95 juta untuk kau tak cukup, nyah?”

“Bukan tu, aku suka even number.”

Warganet mengecam kedua-dua beradik ini dek kurang senang dengan perangai “privileged” mereka. Namun ancaman yang diterima mereka amat keterlaluan dan Charli meminta maaf di sesi Instagram Live.

Charli menjelaskan bahawa beliau dan kakaknya tidak biasa memakan makanan yang berlainan dan mereka tidak berniat untuk memalukan Chef Aaron. Charli juga amat sedih dengan cara warganet mengecamnya, menyuruhnya membunuh diri seolah-olah beliau bukan hanya manusia biasa.

Selepas saga ini, Charli tetap nombor 1 di TikTok dengan following 99 juta.

Luahan Wartawan: Okay, dekni masih budak-budak lagi. Aku tengok video tu, dia bukan malicious pun.

Both the siblings have a typical white teenager palate. It’s a matter of preference.

Abeh komen pasal 100 juta tu, it is just a target yang dia set. Tak salah pun. Netizen kecam dia sampai suruh dia bunuh diri bagai tu kenapa. Gila eh?

There is a fine line between calling out and bullying. Asking someone to kill themselves just because of a misunderstood comment, are you proud of yourselves?

I wouldn’t even call this a Gen Z problem, it’s a generational problem. Just stop being so vicious can?

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Chap Chai

Written by Chap Chai

“Harga Delivery $10 Buat Saya Fikir Dua Kali Sebelum Beli, Padahal Bukan Mereka Masak Pun!” Makcik Netizen

“Abah Minta Maaf. Jaga Diri Semua.” Pesakit Kovid Menulis, Sebelum Menghembuskan Nafas Terakhir