in

PU Amin Marah Sajat Berbikini, Minta Boikot

Sejak meraih populariti pada kira-kira 2016, usahawan kosmetik Nur Sajadiah yang lebih dikenali sebagai Sajat, kerap terpalit dengan kontolversi — khususnya tentang jantina dan penampilannya.

Dan baru beberapa hari lalu, bekas Miss Kebaya Malaysia 2009 ini dicela hebat oleh penceramah bebas Pencetus Ummah (PU) Amin setelah memuat naik fotonya berbikini.

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

PU AMIN MARAH

Menyifatkan gambar-gambar Sajat sebagai “mengganas”, lelaki 30 tahun itu telah memulakan gerakan untuk memboikot Sajat.

Katanya, usaha untuk menegur Sajat, 35 tahun, sejak 2018 ternyata tidak berkesan.

Lantas, atas dasar sayang terhadap umat Islam, PU Amin menggesa agar warganet melaporkan akaun Instagram Sajat dan memboikotnya.

Sumber: Instagram

“Pelik dan ajaib masih ramai pengikut, masih ramai yang memuji, masih ramai yang membeli, sedangkan dia sedang merosakkan anak bangsa dengan uplod gambar gambar lucah ini.

“Jom lah kita sama sama boikot dia, dulu kita pernah buat dan berjaya. Sekarang kita lancarkan kembali, ini tindakan sebaiknya,” tulisnya di Instagram (@pencetusummah_amin) 8 Julai lepas.

PERNAH CUBA ‘CANCEL’ SAJAT

Sebelum ini, PU Amin juga pernah berusaha untuk ‘mematikan’ Sajat.

Februari lalu, pendakwah selebriti ini telah melaporkan Sajat, yang menjalankan ibadah Umrah sebagai wanita, kepada pihak berkuasa.

Sumber: Instagram

Dalam pada itu, dia mencatatkan bahawa dia turut berdoa agar Sajat, atau nama betulnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, diberikan hidayah.

Namun begitu, PU Amin gagal menumpaskan Sajat dan berkata, “dia tetap sama dan kuat”.

DIHAMUN KERANA MENEGAKKAN KEBENARAN

Sumber: Instagram

Dalam pada kegagalannya, PU Amin juga berkongsi dia pernah dikecam, diugut dan diancam meski menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim.

Oleh demikian, dia berharap warganet dapat bersatu padu agar gerakannya kali ini dapat menjadi pengajaran buat Sajat dan mendorongnya untuk kembali pada jalan Allah.

“Pada Allah kami berserah! Ya Allah, peliharalah anak-anak kami, masyarakat kami, maruah kami dan akhlak kami! Berilah hidayah dan pengajaran kepada Bangjat Ya Allah!”

View this post on Instagram

Bangjat mengganas kembali. Sebenarnya aku malas dah nak buat benda sama, sejak 2018, benda sama yang berulang dan tak ada perubahan.. . Kecam , ugut, ancam semua aku dapat dulu sebab tegur benda macam ni, tapi disebabkan tanggungjawab dan sayangkan anak keturunan aku, maka aku minta netizen dan seluruh pengguna media sosial BOIKOT dan REPORT IG bangjat.. . Ingat lagi awal tahun dia pergi mekah, masa tengah saie dekat safa marwah aku nampak dia dengan kawan kawan dia dalam kawasan saie, dekat masjid quba di madinah aku nampak dia juga, pakai pakaian perempuan, aku doa agar Allah bagi hidayah. Aku report dekat pihak berkuasa, dia tetap sama dan kuat.. . Walaupun dah cium kelambu kaabah sambil menangis dia tetap ulang benda sama. Ya Allah berilah pengajaran kepada manusia ini, dia sering mempermainkan dan merosakkan agama mu Ya Allah!.. . Pelik dan ajaib masih ramai pengikut, masih ramai yang memuji , masih ramai yang membeli, sedangkan dia sedang merosakkan anak bangsa dengan uplod gambar gambar lucah ini. Jom lah kita sama sama boikot dia, dulu kita pernah buat dan berjaya , sekarang kita lancarkan kembali, ini tindakan sebaiknya, saya juga desak pihak berkuasa ambil tindakan dengan memadamkan semua media sosial bangjat dari alam maya. Berikan ruang pada dia untuk bertaubat dan kembali pada jalan Allah. Kita akan terus doakan dia dan dalam masa yang sama TINDAKAN tegas wajib dikenakan pada dia.. . Pada Allah kami berserah! Ya Allah peliharalah anak anak kami, masyarakat kami, maruah kami dan akhlak kami! Berilah hidayah dan pengajaran pada bangjat Ya Allah!

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on

Terkini, akaun Instagram Sajat (@nursajat23) cuma boleh diakses pengguna 21 tahun ke atas.

Luahan wartawan: Sedih aku tak dapat tengok Instagram Sajat. Dia entertaining seh actually…Suka berbual nonsen.

Anyway, aku tak rasa Sajat goyang pun orang nak boikot dia…Baru semalam dia tayang silicon dia lagi kat Instagram Story. Because whatever the controversy is, orang tetap follow dia, nak tau what she’s up to. And makin orang cakap pasal dia, dia makin kaya sebab more people will go to her untuk mintak product review.

Tapi aku faham lah kenapa PU ni yeye sangat nak boikot. Dia kan PU. Dah memang tanggung jawab dia untuk cuba kembalikan yang sesat ke jalan yang benar. But ultimately, it’s up to Nur Sajadiah whether dia nak berubah ke tak. Dia kebal. Kau maki dia pun dia ketawa. Jadi, doakan yang baik-baik ajer lah.

Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

Belalang Biru

Written by Belalang Biru

Penagih Tak Dapat Motor, Ibunya Pula Dipukul

Menyayat Hati, Motor Penghantar Makanan Pekak Dan Bisu, Dicuri