in

Poster Wanita Menjadi Imam Dalam Sholat Berjamaah Menjadi Perbualan Netizen, Tak Sabar Tengok Drama

Sebuah drama baru berjudul “Jalan Sesat Ke Syurga” bakal ditayangkan dari hari Isnin ke Khamis, di Astro Prima dan Prima HD di jam 6 petang pada tanggal 3 Ogos.

Drama arahan Shuhaimi Zulkeffli menarik perhatian warganet kerana membongkar kisah benar kesesatan agama yang berlaku di Malaysia suatu ketika dahulu.

"…Apa yang tak kena dalam gambar ini…?"Membongkar kisah benar kesesatan beragama yang berlaku di Malaysia dalam…

Posted by Shuhaimi Zulkefli on Friday, July 24, 2020

Rata-rata ramai netizen memberikan sambutan hangat buat “Jalan Sesat ke Syurga” kerana topik kontroversi yang dikemukakan.

Ada yang meluahkan bahawa drama melayu harus meneroka topik-topik  seperti ajaran sesat dan sebagainya selain daripada kisah-kisah cinta kerana ia dapat menambahkan ilmu pengetahuan am.

Namun begitu, ada juga diantara netizen yang berasa bimbang jika anak-anak muda terpengaruh dengan adegan ajaran sesat yang di tayangkan. Isu ini juga hangat diperdebatkan antara mereka.

Tetapi, komen ni yang paling win.

Luahan Wartawan: Finally, a non-cliched malay drama.

Aku dah penat tengok cerita lelaki kaya kahwin perempuan kampung, kena paksa kahwin pasal harta la, jodohku abang foodpanda la, meeting memanjang dalam boardroom tapi habuk pun takde.

Drama Nur aku suka tapi tu pun meleret jugak last-last.

Dengar-dengar, Aaron Aziz dengan Jalaluddin Hassan berlakon dalam drama ni. Quite an all star cast from what I read.

I hope this show explores the persuasive powers of a charismatic leader and how people can be influenced by a certain ideology. Most of the times, people don’t realize that they are being manipulated by a charming cult leader because these individuals can speak really well.

Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

Lintah Darah

Written by Lintah Darah

Pertemuan Simbolik Menteri Dua Negara Di Koswe, Memberi Sinar Harapan Pembukaan Semula

Man Stares Into Blank Space For Two Hours And Record It On Video, Gets Close To A Million Views