Zizi Kirana, 36, Sah Bergelar Isteri Kepada Yusuf Bahrin, 29, Selepas Dua Bulan Berkenalan
Penyanyi Zizi Kirana, 36 tahun, sah bergelar isteri kepada pelakon Yusuf Bahrin, 29 tahun, dengan sekali lafaz pagi tadi (19 September) setelah mengenali hati budi masing-masing hanya dua bulan lalu.
Bibit-bibit cinta pasangan ini mula mendapat perhatian ramai awal bulan ini setelah Yusuf kantoi memanggil Zizi dengan gelaran ‘sayang’ sewaktu sesi ‘live’ di Instagram.
Difahamkan, pasangan ini mula serius dalam hubungan mereka pada Syawal lalu setelah saling mengenali awal tahun ini menerusi program All Together Now Malaysia (ATNMY).
“Pertama kali jumpa Yusuf semasa program ATNMY. Masa itu, kami tak bertegur pun. Masih belum ada perasaan. Sehinggalah selepas raya Aidilfitri lalu, dia menghubungi saya dan kami mula berkawan.
“Saya selesa berkawan dengannya dan dia ikhlas dalam perhubungan ini. Hujung bulan Ogos, kami rancang untuk terus berkahwin. Alhamdullilah, keluarga pun merestui hubungan kami ini. Jadi rasanya, tak perlulah nak tunggu lama-lama!” kongsi Zizi kepada M Star.
Tampil sedondon mengenakan busana songket hitam, majlis tersebut diraikan secara tertutup dalam sebuah masjid dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat.
Pelantun lagu “Eh” ini menerima mas kahwin RM300 berserta senaskah Al-Quran, sebentuk cincin dan seutas gelang tangan manakala jumlah hantaran pula tidak didedahkan.
Pasangan ini merancang untuk mengadakan dua majlis resepsi di Sabah dan Melaka Disember depan dan berharap agar mereka dapat menunaikan umrah sebagai percutian bulan madu mereka.
Sumber gambar: Zizi Kirana
Luahan Wartawan: Tengok dorang. Kahwin senyap-senyap jer. Takde nak post video irritating, emo-emo segala. Orang tengok pun happy jer untuk dorang. Takde siapa pun yang meluat. Hmph!
Papepun tahniah Zizi dan Yusuf! Semoga perkahwinan ini kekal hingga ke jannah!
Listen to Plan B’s Podcast this week!
Comments