Youtuber Mengundang Kecaman Selepas Menawarkan $1000 Untuk Batalkan Puasa
Adakah anda akan membatalkan puasa kalau dibayar $931.50?
Pada hari pertama Ramadhan, seorang Youtuber dari Indonesia menawarkan 10 juta rupiah kepada penduduk di sana — lebih tepat lagi golongan yang berpendapatan rendah, jika mereka berbuka puasa dengan sekeping piza.
Sumber: Shutterstock
Hasan Abdillah, yang mengendalikan akaun Youtube hasanjr11, memberi tawaran tersebut kepada seorang penternak yang pada awalnya, menyahut ‘cabaran’ Hasan.
Namun, penternak tersebut menolak tawaran Hasan pada saat-saat akhir.
Hasan kemudiannya membuka tawaran kepada seorang pembersih, sekumpulan kanak-kanak dan seorang pekerja pejabat.
Dan seperti penternak itu, mereka semua menolak pelawaan Hasan.
Bagaimanapun, kesemua yang dihampiri Hasan menerima sampul yang dikatakan diisi dengan wang
REAKSI WARGANET
Mungkin video ini dihasilkan untuk memaparkan ‘kekuatan’ sasarannya.
Akan tetapi, rakyat Indonesia nampaknya sudah masak dengan perangai Hasan yang acap kali melakukan ‘prank’ dan ‘social experiment’ kontroversial demi populariti.
Sumber: Twitter @Rickymurdana
Sumber: Twitter @_susucoklat
Sumber: Twitter @ocee_me08
Menyusuli kritikan warganet, Hasan membuat permohonan terbuka dalam bentuk video di Instagram (@hasanjr11).
Maaf diterima. Jangan notti-notti, San.
Luahan wartawan: Kalau Hasan ni approach aku, aku akan take up the offer. $931.50 dok! Lepas bulan puasa, aku pakai duit tu untuk bayar Fidyah. Dosa tak eh?
Tapikan, actually Hasan ni pandai. Staged or not, orang tetap tengok video dia sampai habis sebab orang intrigued by his content. Aku rasa ni dia minta maaf for the sake of it jer. At least dia nampak kesal ah…Teruskan, Hasan. You’re doing well.
Pro tip: Kalau nak rating tinggi, bawak masuk jer ex-actress (sorry tak kelakar).
Join komuniti Telegram kami di https://t.me/PlanBsg