Youtube Beow Tan Ditutup Kerana Langgar Peraturan Komuniti Youtube
Beow Tan menjadi topik hangat beberapa hari lalu apabila videonya berbaur perkauman tular di media sosial. Kini saluran Youtube Beow Tan telah di tutup oleh Youtube kerana melanggar peraturan komuniti.
Saluran itu, yang mempunyai sejumlah 29 video, kebanyakannya dimuat naikkan dalam tempoh dua tahun lalu, menunjukkan Tan menuduh dan mengganggu orang asing berperangai racist terhadapnya di khalayak ramai.
Menurut laporan Mothership, seorang jurucakap YouTube mengatakan bahawa mereka mengambil serius isu melanggar peraturan komuniti dan mengganggu orang lain.
Ini termasuk kandungan yang berniat jahat menghina seseorang berdasarkan bangsa, ekspresi jantina, atau orientasi seksual mereka.
“Kami dengan cepat mengalih keluar kandungan yang melanggar dasar ini apabila di “flagged”,” tambah jurucakap itu.
Warganet memberi pendapat mereka di ruang komen.
Ramai di antara mereka bersetuju bahawa besar kemungkinan Tan kurang waras.
Ada juga yang bersimpati dengannya.
Video pertama di saluran Beow Tan dimuat naik pada Disember 2016. Walau bagaimanapun, saluran itu hanya timbul baru-baru ini selepas video wanita di MRT tular.
Dalam sebuah video yang dimuatnaikkan, wanita itu boleh dilihat merakam orang lain tanpa pengetahuan dan persetujuan mereka. Beliau secara langsung berdepan dengan orang yang tidak dikenali di sesetengah daripada mereka, dan boleh didengar menuduh mereka mengganggunya.
Video yang paling banyak ditonton, “Melayu Man Cuba Molest Chinese Woman”, mempunyai lebih 75,000 tontonan.
Bukan sahaja YouTube, Tan juga mempunyai akaun Twitter dan Facebook dimana posting-posting beliau berbaur menuduh tanpa sebab.
Menurut laporan Mothership lagi, Tan juga telah diberhentikan kerja oleh Knight Frank.
YouTube akan menamatkan saluran apabila mereka didapati melanggar garis panduan. Ini termasuk pembuli siber dan gangguan, kebogelan, atau keganasan. Apabila saluran ditamatkan, semua videonya dikeluarkan. Pengguna yang akaunnya telah ditamatkan mungkin dilarang mengakses, memiliki, atau membuat mana-mana saluran YouTube yang lain.
Luahan Wartawan: To be honest, aku macam kesiankan pompuan ni pun ada.
She needs help and probably should not be out in the public for the time being. I don’t condone racism or harassment in any form but this sounds like a cry for help. Maybe there is unresolved trauma she hasn’t dealt with.
She sounds delusional in the way she believes that people are out to get her.
Podcast Plan B minggu ini!
Comentários