Warganet Marah, Video Viral ‘Positif’ Disiasat
- Belalang Biru
- May 19, 2020
- 1 min read
Updated: Apr 9, 2024

Pastinya anda pernah melihat video pekerja asing berdansa dengan lagu Despacito.
Video yang tular di Whatsapp dan Facebook menerima banyak pujian terutama sekali usaha jururawat untuk mengajak individu kuarantin bersenam dengan cara yang agak melucukan.
Namun begitu video tersebut sedang disiasat oleh Woodlands Health Campus (WHC) kerana melanggar beberapa protokol.

Menurut protokol WHC, tiada sebarang rakaman dibenarkan dalam kawasan penyakit untuk melindungi identiti mereka.

Channel News Asia mewartakan hal ini dalam sebuah artikel bertarikh 18 Mei. Hal itu segera dikritik oleh warganet kerana ia adalah sesuatu yang positif dan identiti pesakit serta pegawai kesihatan tidak terdedah kepada orang ramai.

Ada mengatakan ia adalah publisiti positif yang amat diperlukan oleh WHC. Mereka turut menumpang gembira melihat pekerja warga asing dalam mood ceria bersama pegawai kesihatan yang sedang bertugas.


Tapi apa yang pasti, seperti komen yang tertera, “Tiada identiti terbongkar dalam video ini. Semuanya dilindungi (dengan pelitup).

Luahan Wartawan: For the bad publicity you got, this positive video was your saving grace.
Tiada siapa pun yang kenal mereka due to the quality of the video.
Ni kirakan nak flex authority lah untuk tutup malu?

Let loose and live a little.
Related Posts
See AllBekas Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran, dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan pada 3 Oktober 2024 kerana menerima hadiah...
Seorang remaja lelaki Singapura berusia 17 tahun yang telah radikal sendiri ditahan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) beberapa...
Lembaga Warisan Negara (NHB) mengumumkan pada 24 Oktober bahawa ia akan memulakan kajian terhadap 38 Oxley Road untuk menilai kepentingan...