Warga Panik Sesakkan Pasaraya
Orang Suruh “Calm Down”, Bukan “Come Down”
Meskipun pemerintah mengesyorkan rakyat bahawa situasi COVID-19 di Singapura stabil dan barangan asas lebih daripada mencukupi, sebilangan warga setempat seolah-olah tidak mengendahkan perutusan tersebut.
Sebaliknya, golongan ini memulakan kembali tabiat ‘panic buying’.
Keadaan pasar raya Sheng Siong di Marsiling begitu sesak sehinggakan barisan pelanggan mengular keluar ke daerah tempat meletak kereta.
Salah sebuah cawangan NTUC FairPrice terpaksa ditutup setelah dibanjiri penduduk.
Kedai runcit RGG Stores di Tampines turut dikerumini.
Persoalannya, perlukah rakyat cemas?
Butiran lanjut yang dikupas semasa perutusan Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan menjawab soalan-soalan anda.
Sumber: gov.sg
1) Soalan: Adakah Singapura di skala DORSCON merah?
Jawapan: Tidak. Singapura masih di skala DORSCON jingga. Kami percaya situasi ini masih boleh ditangani. Langkah-langkah yang telah dipertingkatkan membolehkan kami untuk memperketatkan lagi langkah mengesan kontek dan strategi mengekang penularan
Sumber: Business Insider
Suasana ‘lockdown’ di Sepanyol.
2) Adakah ini bermaksud Singapura akan menghadapi ‘lockdown’?
Jawapan: ‘Lockdown’ membawa maksud yang berbeza bagi setiap individu. Langkah-langkah ketat yang dikuatkuasakan merupakan ‘circuit breakers’ utama yang bertujuan untuk mengekang pemerebakan virus ini. Ini bukanlah ‘lockdown’ kerana ekonomi tetap akan diteruskan meskipun ia akan dilaksanakan dengan cara telekomunikasi dalam kebanyakan sektor.
Di samping itu, ingatlah juga pesanan-pesanan ini.
Sumber: IndiaMART
1) Gunakanlah pelitup muka pakai buang yang telah diagihkan.
2) Topeng pembedahan diutamakan bagi kakitangan perubatan dan mereka yang kurang sihat. Jika semua menggunakan topeng pembedahan, maka Singapura juga akan mengahadapi kekurangan sumber seperti negara-negara lain.
3) Jika anda terdengar orang berkata ‘Kalau ramai-ramai beratur untuk ambil mask, tidakkah kita melanggar peraturan penjarakan sosial?’, ingatkan mereka bahawa semasa pelitup diagihkan, ramai tidak tampil untuk memungut pelitup muka mereka.
Yorumlar