Wanita Westside Lebih Lawa, Nasi Lemak Lebih Sedap Dan Orangnya Lebih Peramah
(Dari kiri) Amthakid, Mex.Jr dan Akited
Tidak dinafikan, barat Singapura dianggap ghetto oleh kebanyakan rakyat setempat khususnya kerana, tempat itu merupakan antara hotspot untuk melakukan kegiatan maksiat.
Namun bagi tiga orang rappers — Amthakid, Akited dan Mex.Jr — yang membesar di Jurong West dan Boon Lay, mereka tidak sama sekali memandang rendah hood mereka malah berpendapat, tempat tinggal mereka mempunyai unsur-unsur terpuji yang patut dicemburui penduduk kawasan lain.
Menerusi lagu ‘WEST’ yang ditulis oleh mereka bertiga dan diterbitkan oleh Amthakid, gubahan tersebut menghuraikan kebanggaan penduduk barat Singapura dari mata mereka.
HOT CHIX
Utama sekali, Amthakid, 22 tahun, memberikan shoutout kepada wanita-wanita west side yang anggun lagi jelita, contohnya seperti pelawak Farah Lola, dalam rangkap pertamanya:
“Minahs here looking bad like Lola”
Maksud: Wanita-wanita barat Singapura lawa.
Wakil kesatuan wanita-wanita hot Jurong, Farah Lola. Sumber: Instagram
NASI LEMAK POWER
Pelajar LaSelle dalam bidang penerbitan audio ini juga mengetengahkan jenama Boon Lay Power Nasi Lemak — sebuah syarikat nasi lemak yang asalnya dibuka di Boon Lay — yang kini juga mempunyai cawangan di kawasan luar daerah barat, seperti Woodlands dan Novena, disebabkan kepopularitinya.
Boon Lay Power Nasi Lemak. Sumber: Far East Malls
“Nasi lemak power as food”
Maksud: Nasi lemak kat west is the best, sampai orang east, north, south, central pun nak makan.
KAMPUNG SPIRIT
Poster boy Jurong, Mex.Jr pula menyentuh semangat kejiranan utuh yang masih wujud di kawasan barat.
“Kami saling mengenali. Tak kisahlah kalau orang itu dari Jurong East atau Jurong West, kami tetap main takraw sama-sama, lepak sama-sama.” ujar Mex.Jr, 26 tahun.
Akited, 21 tahun, yang dahulunya menetap di Yishun pula menambah, penduduk-penduduk barat padanya lebih peramah berbanding penduduk kawasan lain.
“Jarak antara rumah ke rumah di flat kami sangat rapat dan ini sekali gus membenarkan kami untuk terserempak dan kenal antara satu sama lain.”
“Malah, sewaktu Hari Raya misalnya, tiada halangan bagi jiran-jiran untuk menjenguk keluarga masing-masing. Pintu-pintu kami sentiasa terbuka,” kongsi anggota perkhidmatan negara Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) ini.
“I ride the west I breath the west lifted the west
Jurong East, Jurong West
I am the west nobody boleh tarik”
Maksud: Jurong East + Jurong West = Love Forever
JURONG WEST MERCHANDISE
Dan percaya atau tidak, penduduk kawasan barat mempunyai brand sendiri untuk melambangkan semangat bersatu mereka.
Dinamakan ‘Jurong West Fuck (For) The Rest’, jenama yang dibuka kawan mereka (@longliveamrl) menjual pakaian dan aksesori untuk menaikkan nama barat.
Pelekat ‘Budak Jurong’ oleh @longliveamrl Sumber: Twitter
Jenama ini turut diselitkan dalam hook lagu:
West,
I made tears in the flesh,
Like gangrene in your flesh,
JW fk the rest,
West
WEST ANTHEM
Dengan pengeluaran lagu ini tiga hari lalu, jejaka-jejaka ini berharap agar lagu mereka dapat dijadikan ‘anthem’ penduduk barat, sebagaimana lagu Akeem Jahat, ‘Woodlands’, merupakan lagu yang diketahui penduduk-penduduk sana.
“Sebelum ini, tiada siapa yang pernah mereka lagu tentang barat Singapura.
“Jadi kami berharap ‘WEST’ dapat menjadi sesuatu yang boleh membanggakan dan melambangkan penduduk barat,” jelas Akited.
Tekan lingkaran-lingkaran di bawah untuk dengarkan lagu penuh. Lirik boleh didapati di bahagian komen music video mereka.
Ikuti juga wawancara mereka bersama OKLETSGO (bermula minit ke-58) untuk mengetahui bagaimana proses pembikinan lagu dijalankan.