Wanita Tak Tahu Berterima Kasih Dengan Matair Sweet
Tidak dinafikan, golongan wanita sukar difahami — sedangkan wartawan, seorang wanita Melayu terakhir, tidak memahami perangainya sendiri.
Namun, seorang wanita yang tular baru-baru ini telah membuktikan bahawa kegilaan wanita tiada batasnya.
MARAH MATAIR SEBAB DIBERI YOGURT BERGULA
Hanya kerana kekasihnya membelikannya yogurt bergula sebagai snek minum petang, wanita ini naik hantu.
“I dah bilang you berjuta kali. I cuma makan yogurt tanpa gula.
“I tengah jauhkan diri daripada gula sekarang. Tapi you asyik sumbat I dengan gula.
“Apa masalah you?” selar seorang wanita kepada kekasihnya.
Sumber: All Singapore Stuff (Twitter)
Amarahnya kian bertambah setelah mendapati kekasihnya tidak memesan sudu garpu untuk dirinya.
“So kira you beli ni kek mahal dengan yogurt.
“Tapi you tak kasi sudu garpu abeh I kena guna air I sendiri untuk cuci benda-benda tu.
“You dah bayar banyak-banyak tapi I tak enjoy pun service ni,” bebel wanita ini.
Sumber: All Singapore Stuff (Twitter)
Bahkan, dia menuduh kekasihnya tidak pernah mendengar luahannya — yang mana dia enggan memakan makanan bergula lagi.
Oleh itu, dia tidak menganggap perbuatan kekasihnya sebagai perkara yang ‘manis’.
“I tak rasa ni sweet. I rasa terhina tau you deliver ni semua.
“Ni menunjukkan you tak pernah dengar pun sepatah yang I kata.”
Sumber: All Singapore Stuff (Twitter)
Enggan bertengkar, kekasihnya menyerah kalah.
“I cuma nak you ada a nice tea break. Takpelah, niat I salah. Ini semua salah I.
“I minta maaf. Jangan marah okay?” pujuk kekasihnya.
Sumber: All Singapore Stuff (Twitter)
KUTUK GRAB
Tidak puas mengharuk kekasihnya, syarikat penghantar makanan Grab juga dimarahinya.
“Aku betul-betul tak berkenan dengan khidmat penghantaran makanan.
“Khidmat ini cuma membuat orang ramai semakin malas, miskin dan tidak sihat.
“Tapau makanan kau sendiri ah. Patutlah makin banyak isu obesiti,” kecam wanita ini.
Tiber…Sumber: All Singapore Stuff (Twitter)
MINTA DUIT KEKASIH
Setelah habis membebel, duit kekasihnya pula diminta.
“I dah penat makan makanan manis. Tolong jangan hantar I benda manis lagi. Thanks.
“Kasi I duit sudah,” tuntutnya.
Persis hamba abdi, permintaan wanita dituruti.
$50 di-PayNow kepada wanita itu. Apekah? Sumber: All Singapore Stuff (Twitter)
Bangga dengan ‘kemenangannya’, wanita ini mengambil petikan skrin pembayaran
kekasihnya dan meletak kapsyen:
“Tak tau apa nak kasi, kasi duit. Kan senang,” di Instagram Story.
REAKSI WARGANET
Pastinya, warganet menyuruh kekasihnya memutuskan hubungan toksik mereka.
Ada yang berkata, makanan tersebut seharusnya diberikan kepadanya.
Ada juga yang berpendapat, wanita itu patut ‘pergi mati’.
Siapakah yang bersalah?
Wanita ini kerana tidak tahu berterima kasih? Atau kekasihnya kerana terlalu lembut hati?
Luahan wartawan: Korang tau tak scene lelaki ni sot pasal bini dia masak sayur asam tak campur belacan? Ala yang ni:
Sama lah. Cuma ni modern version.
Aku faham kenapa perempuan ni sot. Pasal dia rasa matair dia tak ingat the things dia dah bilang. Lagi-lagi kalau dia dah repeat banyak kali. Siao jei, I get you. Eh, ke xiao jie eh?
But chill lah. Don’t want then do eat. Ke sebab dia nak jadi health ambassador HPB tu sebab dia bikin kecoh ni benda. Kira macam “Hey HPB look at me I’m healthy leh.”
Tapi aku kesian jugak lelaki tu. Aku rasa dia trauma. Buat salah, tak buat salah. Sampai dia terpaksa jadi ikutkan jer kehendak perempuan tu. Bopian ah kalau dah tak nak breakup then live it lah.
But now at least I know I’m not the only crazy girlfriend in Singapore. Ada yang lebih teruk. Matair aku should feel lucky to have me ?