Wanita Menimbulkan Tengkarah, Menghalalkan Pembunuh Anjing
- Lintah Darah
- May 9, 2020
- 1 min read
Updated: Apr 9, 2024

Halal untuk meracuni anjing yang “merbahaya”?
Seorang wanita yang dikenali sebagai Nurasia Nurasia di Facebook mengajar masyarakat cara membunuh anjing yang dikatakan “buas”. Menurut kajian beliau setelah bertanya dengan seorang ustaz, ia adalah halal untuk membunuh jika anjing itu memudaratkan masyarakat.

Page persatuan haiwan malaysia di Facebook telah memuat naikkan screenshot komen Nurasia dengan caption yang seolah-olah menyindirnya.
“Diharapkan wanita ini tidak tersalah makan sendiri atau terberi makan sardin yang telah digaul racun tikus kepada ibu, bapa, keluarga, suami atau anak-anaknya.”
Ramai diantara netizen meluahkan perasaan yang tidak senang dengan sikapnya yang zalim itu.



Sumber facebook persatuan haiwan malaysia
Yang lebih mengkhuatirkan adalah persetujuan dengan perbuatan kejam itu diantara kalangan netizen.

Selagi haiwan itu tidak menimbulkan ancaman terhadap hidup mati seseorang, ia tidak patut di bunuh. Semua haiwan adalah makhluk Allah dan kita dilarang sama sekali untuk berkelakuan kejam terhadap mereka.

Luahan Hati Wartawan: Manusia kalau nak kejam, ada saje justification dia beri. Ni mengajar lagi orang lain macam mana nak membunuh.
Ingat eh, ilmu yang kita sebarkan biarlah bermanfaat pada masyarakat, itu yang boleh menolong kita di akhirat kelak.
Niat tidak menghalalkan cara lagi-lagi kalau tidak nyata bahawa anjing itu membahayakan kehidupan masyarakat sekeliling. Kita digalakkan untuk memberi makanan pada haiwan-haiwan dengan niat bersedekah demi Tuhan.
Related Posts
See AllBekas Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran, dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan pada 3 Oktober 2024 kerana menerima hadiah...
Seorang remaja lelaki Singapura berusia 17 tahun yang telah radikal sendiri ditahan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) beberapa...
Lembaga Warisan Negara (NHB) mengumumkan pada 24 Oktober bahawa ia akan memulakan kajian terhadap 38 Oxley Road untuk menilai kepentingan...