Wanita Membantu Mangsa Covid19 Menggunakan Duit Simpanannya Untuk Ke Haji

Setelah bertahun lamanya berhempas-pulas menabung untuk menunaikan ibadah Haji, Khalida Begum, 83 tahun pada akhirnya mendermakan segala wang yang disimpan kepada dana COVID-19.
Ekoran situasi ‘lockdown’ di Arab Saudi, rancangan Khalida untuk menunaikan Haji tahun ini terpaksa dibatalkan.

Sumber: MNC Update
Haji terpaksa dibatalkan.
Lantaran itu, wanita yang berasal dari Jammu dan Kashmir ini mendermakan 500,000 rupee (S$9407) kepada dana COVID-19 untuk bantu mencegah virus membawa maut ini.
Menurut laporan The Islamic Information, Khalida juga telah melakukan banyak kerja kebajikan untuk golongan wanita di Kashmir.

Sumber: TeleSur English
Disebabkan kerja-kerja mulianya juga, Khalida telah menarik perhatian para aktivis yang turut ‘kagum dengan sumbangannya meskipun sudah lanjut usia’.