Wanita Kemurungan, Bunuh Anak 5 Tahun Dan Dirinya Sendiri – Laporan Koroner
Wanita berbangsa Jepun yang ditemui mati bersama anaknya di taman Bukit Batok disahkan membunuh anaknya lalu membunuh diri menurut laporan koroner pada November lalu.
Nami Ogata, 41 tahun, dipercayai telah mencekik anaknya Sotaro Ogata, 5 tahun sehingga mati menggunakan tali raffia sebelum menikam dirinya beberapa kali dengan sebilah pisau berukuran 18 sentimeter.
Di dalam nota terakhirnya, Nami Ogata menyatakan bahawa beliau mengalami tekanan dek kerja dan menjaga kedua-dua anaknya. Beliau meminta maaf kepada suaminya kerana terpaksa membawa Sotaro bersamanya. Nami juga meninggalkan pesanan buat suaminya agar sentiasa menjaga dirinya apabila beliau sudah tiada.
Siasatan mendapati bahawa Nami mengalami kemurungan dan “anxiety disorder.” Nami mendapatkan bantuan dari pakar perubatan setelah merasa resah dan penat semenjak beberapa bulan.
Beliau diberikan ubat untuk menangani masalah tidur beberapa hari sebelum tragedi tersebut. Namun, ubat yang diberikan tidak berkesan buat Nami.
Sotaro Ogata, anaknya yang terkorban mempunyai autisma dan ADHD. Ia dipercayai menjadi salah satu punca keresahan yang dialami Nami.
Nami mewasiatkan penjagaan anak kecilnya, Haruto, kepada abangnya di negara Jepun. Beliau meminta agar Haruto dibesarkan bersama anak-anak abangnya yang lain.
Koroner mengatakan walaupun Nami Ogata disahkan membunuh diri, pembunuhan Sotaro olehnya tetap salah dari segi undang-undang. Beliau juga menyampaikan salam takziah kepada keluarga Nami.
Luahan Wartawan: Anxiety and depression are real medical conditions that can be life threatening. Or in this case, it led one woman to take two lives.
Kalau korang atau kenalan korang memerlukan pertolongan, please reach out to family and friends. Seek medical help.
Or call the Samaritans of Singapore at 1800 221 4444.
Commentaires