Wanita Jalani Hukuman Gantung Walaupun Sudah Tidak Bernyawa
Seorang wanita di Tehran, Zahra Ismaili, diserang sakit jantung dan meninggal semasa menunggu gilirannya untuk menjalani hukuman gantung kerana kesalahan membunuh suaminya.
Namun begitu,Zahra tetap menjalani hukuman gantung di Jel Rajai Shahr atas permintaan ibu mertuanya sebagai penebus kematian anaknya.
Zahra dihukum mati kerana membunuh suaminya Alireza Zamani, yang merupakan pegawai kanan di Kementerian Perisikan.
Di dalam posting yang dimuat naikkan Omid Moradi, peguam bela Zahra, mendakwa suaminya telah mendera kedua-dua anak perempuannya dan Zahra bertindak untuk membela diri.
Susulan itu, kejadian berkenaan dikecam oleh banyak pihak termasuk kumpulan hak asasi manusia.
Warganet di Facebook turut mengecam tindakan tersebut.
Menurut laporan Independent UK, Zahra Ismaili terkejut lalu meninggal dunia kerana terpaksa menyaksikan 16 lelaki menjalani hukuman gantung.
Omid mendakwa hukuman tersebut dilaksanakan supaya ibu mertua Zahra dapat menendang kerusi yang menjadi tempat pijak kakinya.
“Mereka menggantung tubuhnya yang tidak bernyawa, supaya ibu Alireza dapat menendang kerusi dari bawah kakinya dan beliau dapat melihat mayat menantunya tergantung buat selama beberapa saat.”
Wakil Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Iran, Javaid Rehman berkata, 233 orang sudah menjalani pelaksanaan hukuman (gantung) berkenaan di negara itu tahun lalu.
Beliau mendakwa, ia termasuk tiga banduan yang juga kanak-kanak.
Menurut laporan Independent UK, hukuman mati di Iran boleh dilaksanakan kepada kanak-kanak yang ‘sudah matang’.
Luahan Wartawan: My stomach fucking churns at the cold blooded desire of a mother who believed she’s been wronged.
Anak kau yang salah masihlah kau nak menegakkan keadilan dengan cara terkutuk. Manusia jenis apa kau, tak berperikemanusiaan?
The fact that she died before she could be hanged shows that justice has been delivered. Kau siapa nak lawan takdir Allah?
The justice system is screwed up if people on the death row are forced to watch their fate unfold infront of them. Hukum hudud korang nak tegakkan tapi mana ihsan korang?
You claim to be a Muslim nation but are your laws based on syariah or tribal barbarism?
Podcast Plan B minggu ini!
Comments