Wanita Duduk Bersama Mayat Ibu Selama 5 Hari
Sumber worldofbuzz
Duduk bersama mayat ibu kerana tidak tahu menghubungi polis.
Mayat seorang wanita berumur 60 tahun telah ditemui di flat beliau di Yishun apabila jiran-jirannya menghubungi polis kerana bau busuk yang menusuk keluar dari unit tersebut.
Apabila polis tiba, mereka mengesahkan bahawa wanita itu telah meninggal dalam lima hari yang lalu. Bersamanya, polis juga menemui anak perempuan mendiang, berumur 30 tahun yang mempunyai kecabaran mental.
Anak perempuannya sentiasa berada di dalam rumah, namun kerana keadaannya, dia tidak tahu menelefon polis dan dalam keadaan ketakutan, dia terus tinggal bersama mayat arwah ibunya. Seperti yang dilaporkan Lianhe Wanbao, kerana kekurangan upayanya, dia berkelakuan seperti kanak-kanak, dia hanya mengikuti ibunya dan tidak berinteraksi dengan orang yang tidak dikenalinya.
Saudara mara mendiang telah datang ke hadapan untuk menyemadikannya serta memberi penjagaan pada anak perempuannya.
Salam takziah kepada keluarga mendiang. Bukan senang untuk menjaga anak yang kurang upaya dan ia amat menyedihkan apabila tragedi seperti ini berlaku. Bayangkan tidur bersama mayat ibu sendiri yang sedang reput kerana tidak ada sesiapa yang dia boleh approach.
Luahan Hati Wartawan: sedihnya. I cannot imagine her mental state and trauma living with the decomposing body of her mother. Moga-moga dicucuri rahmat atas roh ibunya itu.