top of page
Writer's pictureBelalang Biru

Wanita Didakwa Tidak Membayar Tambang Dan Mencederakan Pemandu Teksi Diberkas


Wanita Didakwa Tidak Membayar Tambang

Sumber: Facebook

Polis telah memberkas seorang wanita, 20 tahun, yang disyaki bertindak kasar sehingga menyebabkan kecederaan.


Menurut kenyataan polis pada 16 Julai, mereka telah menerima laporan daripada seorang lelaki 71 tahun semalam (15 Julai).


DISERANG PENUMPANG


Lelaki berkenaan mendakwa dikasari wanita tersebut, yang merupakan penumpang teksinya, dengan papan hidangan yang diperbuat daripada kayu setelah tiba di destinasi di Prinsep Street.

papan hidangan yang diperbuat daripada kayu

Sumber: Facebook


Wanita tersebut juga didakwa tidak membayar tambang teksi dan tidak memakai pelitup muka.


Menurut pos Facebook Kelvin Chua, anak pemandu teksi ini, penumpang tersebut juga meminjam telefon bimbit bapanya untuk membuat beberapa panggilan sepanjang perjalanan 17 minit itu, dan berkeras untuk memulangkan telefon bimbit meski dipinta beberapa kali.


Wanita ini juga mengakibatkan jam pemandu pecah sewaktu dia mengelak daripada terkena papan hidangan, dan telah merosakkan mesin NETS.

jam pemandu pecah

Sunber: Facebook

SIASATAN LANJUT


Pegawai daripada Bahagian Polis Pusat mendedahkan identiti suspek setelah menjalankan siasatan susulan dan memberkasnya pada 16 Julai.


Dia juga dipercayai terlibat dalam beberapa lagi kes mengelak membayar tambang teksi. Siasatan sedang dijalankan.


Suspek akan disiasat kerana melanggar langkah-langkah jarak selamat di bawah Peraturan COVID-19 (Langkah Sementara) (Perintah Kawalan) 2020.

Suspek akan disiasat kerana melanggar langkah-langkah jarak selamat di bawah Peraturan COVID-19

Sumber: Facebook


Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan Majlis Pengangkutan Awam (PTC) juga sedang menyiasat dakwaan penyelewengan tambang oleh suspek.


Kesalahan tidak membayar tambang teksi membawa denda $1,000 dan $2,000 buat pesalah berulang, atau hukuman penjara selama enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Kesalahan tidak membayar tambang teksi

Sumber: Facebook


Kesalahan bertindak kasar sehingga menyebabkan kecederaan membawa hukuman penjara sehingga setahun, denda $5,000 atau kedua-duanya sekali.


Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page