top of page
Writer's pictureLintah Darah

Wanita Beli Sponsored Ad Viralkan Bekas Kekasihnya Yang “Scandal“


-

Terdapat pelbagai cara untuk melupakan seseorang setelah hancurnya hati dek kekasih lama. Tetapi wanita ini telah membalas dendam terhadap bekas kekasihnya yang curang dengan cara yang amat dahsyat sekali.

-

Hilary, seorang food and travel blogger yang berasal dari Singapura mendedahkan kisah kecurangan bekas kekasihnya dengan membeli sponsored ad di Instagram. Ia telah menular di platform “instastory” pada minggu lepas.


Di dalam gambar bersama bekas kekasihnya yang dimuat naikkan, Hilary telah menyertakan kisah bagaimana kecurangan ex boyfriendnya akan menghantuinya buat selamanya.

-

“Penipuan demi penipuan, acap kali kau buat aku merasakan yang aku tak pernah cukup buat kau, padahal memang ada yang lain pun”


“Dengan masa, hatiku akan beransur pulih tetapi parutan dek kerana perbuatan kau akan kekal selamanya. Walaupun aku boleh memaafkan kau tetapi aku tak akan pernah lupa kecuranganmu.”

-

Seorang netizen yang terserempak dengan pos itu di akaun SGNomster Hilary, mengambil screenshot dan memuat naikkannya di laman Facebook dengan kemusykilan mengapa dia menjadi “target audience” buat iklan itu. Pos itu telah di like dan di kongsi lebih 4900 kali. 

“Saya tidak mengenali siapa perempuan ini tapi saya kagum dengan usahanya untuk memalukan matairnya yang curang.”

-

Hilary juga memuat naikkan pos-pos yang menceritakan kesangsiannya terhadap bekas kekasihnya tetapi telah dipadamkan.


Walau bagaimanapun, laman popular Coconuts sempat mencatat beberapa ayat dari posnya.

-

“Dec- kau sibuk texting tapi pada siapa? Aku cuba membaca nama dia tapi kau cuba mengelak.”


“Jan- macam nak pengsan aku bila aku dapat tahu. kau kata kau busy. Rupa-rupanya, kau melencong dengan dia. Kau melancong dengan dia 4 bulan yang lepas.”


Ramai yang memuji perbuatannya kerana lelaki ini memang patut di kenakan dan netizen juga meluahkan simpati terhadap Hilary dan mengharapkan dia akan pulih dari kejadian ini.

-

Gurrl, I gotta give it to you. Ni lain level punya pettiness.


Memang padan muka dia kena shame on Instagram. Hati seorang wanita jangan dilukai melampaui batas. Rasa padahnya. Biar ini menjadi pengajaran buat sesiapa pun yang nak curang.

-

Luahan Wartawan: It is simple, dah tak suka, angkat kaki blah. Jangan melukai hati orang lain. Karma is a bitch. You will reap what you sow.


Join komuniti Plan B di Telegram dan Instagram

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page