Vivy Dituduh Ciplak Design Pereka Lain Bulat-Bulat
- Chap Chai
- May 3, 2020
- 2 min read
Updated: Apr 15, 2024

Vivy Yusof sekali lagi berjaya membuat rakyat Malaysia bengang dengan dirinya.
Lima hari lepas (28 April), pengasas dUCk Scarves ini melancarkan koleksi terbarunya, The Artsy dUCk.

Vivy menggayakan salah satu pilihan daripada koleksi tersebut. Sumber: dUCk Scarves
TIRU HASIL ORANG LAIN

Sumber: @soonaru (kiri) & @duckscraves (kanan) (Instagram)
Tidak lama setelah Vivy membuat pengumuman tersebut, model seberang tambak, Nia Atasha (@sleepylllama), mendakwa Vivy telah meniru karyanya.
Dalam kolaborasi Nia bersama Soonaru — sebuah jenama pakaian dari Malaysia — dua tahun lalu, mereka juga telah menghasilkan skarf yang bercorak ‘estetik’.
Dan entah bagaimana, corak tudung Vivy kali ini juga tampak sama seperti hasil karya Nia dan Soonaru.
Dalam permainan ‘spot the difference’ wartawan ingin pembaca nyatakan lima perbezaan dari segi corak yang dapat anda lihat pada gambar-gambar berikut.
Hasil Nia dan Soonaru.

Sumber: Nia & Likely

Sumber: dUck & Likely
Kedua-dua berwarna-warni, mempunyai corak yang agak bersepah (atau some would say aesthetically pleasing) dan bintik-bintik seperti boba.
Sampaikan backdrop dan pose dalam promo pictures pun sama.
Terkilan, Nia dan Soonaru meluahkan ketidakpuasan hati mereka di Instagram.
VIVY PERTAHANKAN DIRI
Walau bagaimanapun, Vivy menyangkal dakwaan mereka berdua dan mengatakan bahawa dia dan para pekerja telah menghasilkan corak ini sejak 2018 (atau dalam kata lain, dua tahun lepas).
“Sekali lagi, dUCk dituduh meniru corak orang lain. There is no way we copied them or anyone,” tegas Vivy di Instagram Story.

REAKSI WARGANET
Tidak percaya akan kata-kata Vivy, warganet menghentamnya.




Bahkan, para hijabster sendiri memboikot koleksi tersebut.

Kesimpulannya, warganet tak bodoh.
Luahan wartawan: Ala si Vivy ni yeye jer. Dia patut mandi bunga sebab each time keluarkan tudung baru, orang kutuk. Or maybe, she needs a new brain supaya boleh create designs baru. Or maybe she’s just one of those few suey people yang orang benci disebabkan perangai stuck up dia.
Aku tak faham kenapa orang sanggup bayar beratus ringgit/dollar untuk sehelai tudung. Why? Kira tudung mahal boleh reserve spot kat syurga eh? Ada yang beli tudung branded tapi tetap tak lawa. Tengok macam aku, tudung $5 tapi tetap jambussss.
Join komuniti Telegram kami di https://t.me/PlanBsg
Related Posts
See AllBekas Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran, dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan pada 3 Oktober 2024 kerana menerima hadiah...
Seorang remaja lelaki Singapura berusia 17 tahun yang telah radikal sendiri ditahan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) beberapa...
Lembaga Warisan Negara (NHB) mengumumkan pada 24 Oktober bahawa ia akan memulakan kajian terhadap 38 Oxley Road untuk menilai kepentingan...