top of page
Writer's pictureLintah Darah

VIRAL, Remaja Pemungut Sampah Baca Al-Quran Di Kaki Lima


seorang remaja, membawa karung, menggunakan kaos dan celana pendek

Sumber: Siakap Keli

Dengan hanya berbekalkan amalan solat lima waktu dan bacaan kitab suci Al-Quran, seorang remaja berumur 16 tahun dari Garut, Jawa Barat sering kali jalan berkeliaran memungut barangan terpakai dan menjualnya balik untuk menjana hidup.


Pada suatu ketika remaja itu, yang lebih dikenali sebagai Muhammad Ghifari Akbar, sedang duduk membaca Al-Quran sambil menunggu hujan reda dan ada seseorang mengambil gambarnya itu tanpa pengetahuannya. Gambar beliau sedang tekun membaca kitab suci itu kian menular di media sosial.


Apabila ditanya, Akbar mengatakan bahawa beliau tidak tahu langsung tentang penularan gambarnya itu dan juga tidak tahu siapa yang mengambil gambarnya itu. Malah, beliau hanya ketahui tentang penularan gambar itu apabila pihak polis memberitahunya.


Sebelum gambar itu diambil, Akbar baru sahaja tiba di Bandung setelah berjalan kaki selama 4 hari daripada Garut. Menurut Akbar, beliau sering singgah berteduh dan tidur di masjid ataupun tempat yang selesa dalam perjalanannya dari Garut ke Bandung itu.

3 orang dewasa dan 1 anak kecil, terduduk di ruang bersama.

Walaupun Akbar sudah berhenti daripada bersekolah sejak darjah 4, beliau dilaporkan tidak pernah tinggal untuk membaca Al-Quran. Ini adalah salah satu daripada dua amanat yang diberikan kepadanya oleh nenek dan datuknya yang sering beliau lakukuan.


Amanat kedua yang diberikannya adalah untuk solat. Disebabkan oleh amalan mulianya ini, Akbar sentiasa berasa tenang walaupun dia sering berkeliaran di jalanan.

seorang lelaki berkalan menggnakan kemeja terbuka dan kaos putih dan celana jeans

Malah, Akbar pernah ke Jawa Tengah dan Lampung dengan hanya berjalan kaki. Tujuan beliau berbuat demikian adalah untuk mencari ibunya yang telah meninggalkannya sejak Akbar berusia 8 bulan. Ayahnya pula telah menikahi orang lain.

Ketabahan Akbar untuk mencari ibunya sungguh ketara sehingga beliau sanggup berjalan kaki begitu jauh kerana kuatnya inginnya mencari ibunya. Namun, setelah beberapa percubaan untuk mencari ibunya, Akbar kini pasrah dan sudah hilang harapan untuk bertemu ibunya.


Luahan Wartawan: Someone once told me that a Muslim requires only his ‘ibadah of Solat and Quranic recitation to survive. Never has that rang so true for Akbar’s case. A lot can be said for his tenacity as well as perseverance to be able to finally meet his mother but for me, it his strong Faith that shines through in this. Let’s all pray and hope that he will finally be able to reunite with his mother soon.  


Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Comentarios


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page