Viral, Buka Kedai Jual Durian Di Tanah Perkuburan
Berbekalkan telefon bimbit, dacing dan durian, seorang usahawan berumur 29 tahun, Elvin Xie membuka kedai di tanah perkuburan Lim Chu Kang.
Beliau menggunakan Facebook Live untuk melelong durian jenis Mao Shan Wang atau dikenali sebagai durian Musang King di celah-celah batu nisan di daerah perkuburan itu.
Video yang tular itu merangkul lebih 58 ribu views. Ini telah mendorong Elvin untuk mencari dan membuat “live” tempat-tempat lebih “berhantu”.
Menurut laporan Lianhe Wanbao, Elvin mendapat $600 hasil pendapatan dari menjual 10 biji durian Musang King pada malam 17 hari bulan Jun.
Warganet rata-rata mengecam Elvin kerana menggunakan tanah perkuburan sebagai tempat lelongan kerana tidak beradab. Namun ada juga diantara warganet berseloroh dengan tempat pilihan beliau.
Elvin sedang disiasati oleh NEA dan SFA kerana dipercayai telah melanggar peraturan sementara Covid-19. Seorang jurucakap kerajaan mengatakan bahawa rakyat di larang untuk ke tanah perkuburan dari April 7 hingga 19 Jun jika bukan untuk acara pengebumian.
Luahan Hati Wartawan: He got balls to auction durians at a cemetary.
Dah langgar peraturan kerajaan satu hal, ni lelong kat kubur wei. Setahu aku, skim cepat kaya dulu jual garam. Tapi customers tak nampak lah.
Yang aku pelik, 10 biji $600? Musang King sekarang tengah murah seh. Satu pek dalam $16 gitu. Kirakan ada la orang yang sanggup bid for the novelty?
Honestly aku rasa dekni buat untuk thrill factor. Lain daripada auctioneers dekat FB. Dia carik tempat-tempat yang rumored to be keras macam East Coast towers semua.
Whatever it is, memang jalan la gimmick dia cos masih ada orang bid untuk seafood selain dari durian.