Video Lama Bekas Miss Universe Malaysia Mengamuk Kembali Tular
Bak pepatah moden — sarang tebuan jangan dijolok — nanti orang cari video lama kau kasi viral.
Seperti diketahui umum, Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Katie James, dicela baru-baru ini setelah mengeluarkan kenyataan kurang cerdik berkaitan isu perkauman di Amerika Syarikat.
Komen-komennya bukan sahaja meledakkan amarah di kalangan warganet malah, ada yang sampai mengorek video racist lampaunya untuk dikemukakan di media sosial.
“NEGARA AKU LAGI BAGUS”
“You’re underground. You’re never gonna be up there. Malaysia is better than this fucking country. We are way better, we are way more developed. Thank you,” kata Samantha kepada seorang wanita, yang mempunyai telor warga Afrika.
Sumber: AsiaOne
Difahamkan, Samantha dan wanita berkenaan hangat berdebat tentang negara siapa yang lebih bagus semasa di Las Vegas.
Namun, kenyataan keterlaluan Samantha hanya membuat wanita tersebut geram.
“You cannot say that. She’s talking about my country. Tell her to shut up,” ujar wanita tersebut, yang enggan meneruskan perbualan bersama Samantha, kepada rakannya.
Belum sempat rakannya kata apa-apa, Samantha cepat-cepat berkata:
“You shut the fuck up!”
Sumber: World of Buzz
Dari situ, mereka berdua men-shutthefuckup satu sama lain.
SAMANTHA NAIK HANTU
Tidak cukup dengan shut the fuck up, Samantha melempar gelas champagne sambil menjerit:
“I don’t give a shit who you are!”
Malangnya, gelas tersebut terkena seorang lelaki, yang tidak ada kena mengena pun dalam pergelutan itu.
Sumber: World of Buzz
Orang-orang di sekeliling cuba menahannya.
Akan tetapi, Samantha, yang seolah-olah dirasuk jin Vegas, berupaya untuk menolak mereka ke tepi lalu memungut satu lagi gelas champagne.
“Run motherfucker! Run!” herdiknya sambil membaling gelas tersebut terhadap wanita berkenaan.
“You don’t be fucking rude to me!” akhir Samantha.
Sumber: World of Buzz
Punca pergaduhan tidak dijelaskan.
Luahan wartawan: Zip sua girl. Singapore is better than Malaysia.
Ah panas tak dengar aku cam macam tu? Marah kan? Jadi begitulah perasaan orang lain bila kau kutuk negara atau bangsa dorang.
Anyway, kenapa dalam ramai-ramai tu takde satu pun yang lempar barang balik kat Samantha? Orang macam ni kau kasi jer. Aku pulak yang bingit tengok dia berbual macam tu. Konon diva nah lah tu. Sendiri kurang ajar, sendiri triggered.
Please eh Samantha. Behave lah. You Miss Universe ke Miss World?