top of page
Writer's pictureBelalang Biru

Ustaz Zahid Zin Ucapkan ‘Merry Christmas’, Ribuan Netizen Teruja


Ustaz Zahid Zin Ucapkan Merry Christmas

“Selamat Hari Natal kepada semua teman-teman Kristian. Moga kasih sayang Tuhan mengisi ruang-ruang rumah dan kehidupan dan juga mendapat berkat daripada Tuhan setiap hari.”

Ustaz Zahid Zin

Sumber: Instagram, @zahidzin

Asatizah terkemuka Singapura, Ustaz Zahid Zin mengucapkan ‘Merry Christmas’ di media sosial nya. Kapsyen itu di serta samakan dibawah sebuah gambar yang dimuatnaikkan Ustaz Zahid Zin yang menunjukkan beliau bersama anak-anaknya di dalam sebuah gereja.


Posting beliau itu dihujani lebih daripada 3000 likes dan meraih pelbagai komen yang memuji Ustaz Zahid kerana bersikap inklusif kepada masyarakat Singapura yang berbilang bangsa dan agama.

Posting beliau itu dihujani lebih daripada 3000 likes dan meraih pelbagai komen yang memuji Ustaz Zahid

Sumber: Instagram, @zahidzin

Antara komen yang menarik perhatian adalah daripada pengguna instagram @nyla.uu. Beliau berkata Ustaz Zahid Zin adalah antara ustaz yang paling ‘real’ sambil mengatakan bahawa inilah caranya untuk mengajar generasi masakini.

zahidzin

Sumber: Instagram, @zahidzin

Beliau mengimbas kembali perwatakkan Ustaz Zahid Zin dahulu yang merupakan seorang yang rendah diri dan seorang yang kelakar. Beliau juga berkongsi harapan agar lebih ramai lagi berfikiran seperti Ustaz Zahid Zin yang mengambil langkah ini untuk memberikan ucapan kepada mereka yang menyambut perayaan yang lain.

fadhlina411

Sumber: Instagram, @zahidzin

Seorang lagi pengguna Instagram @fadhlina411 mengukil kata-kata Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang pernah berkata,


“Sekiranya orang takut jatuh kafir bila memberikan ucapan kepada orang berbangsa lain maka disuruh untuk jangan ambil cuti waktu Krismas, Hari Raya Cina mahupun Deepavali kerana takut jatuh kafir disebabkan keluar berjalan-jalan bersama keluarga pada hari tersebut,”

it's true

Pada masa yang sama, Mufti Negara Singapura Dr Nazirudin Mohd Nasir juga telah mewartakan sekeping surat yang ditujukan khas kepada Archbishop Wiliam Goh dan masyarakat Kristian di Singapura.

Facebook, Harmony Centre – HA Singapore

Sumber: Facebook, Harmony Centre – HA Singapore

Di dalam surat tersebut, Dr Nazirudin memberikan ucapan perayaan Hari Natal kepada masyarakat Kristian serta meluahkan kata-kata harapan dalam menyambut hari bahagia ini ketika dalam keadaan penularan Covid-19.

perayaan Hari Natal

Sikap terpuji Mufti Negara yang merakamkan warkah untuk teman-teman berlainan bangsa dan juga inisiatif Ustaz Zahid Zin untuk melakukan hal seperti ini menggambarkan satu langkah yang wajar diberikan pujian kerana saling menghormati antara masyarakat berbilang bangsa dan agama di Singapura.


Luahan Wartawan: Amazing show of leadership and inclusivity by our Mufti and Ustaz Zahid Zin to walk the talk. Every year every December mesti hot topic pasal boleh ucap Merry Christmas ke tak. Ni Mufti dan Ustaz Zahid takya banyak cakap, terus kasi surat and post on social media.

Merry Christmas to all those people celebrating!

And oh, Merry Christmas to all those people celebrating!


Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify


RECOMMENDED NEWS

RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page