Ustaz Ebit Lew Ziarah M Daud Kilau Yang Kini Semakin Uzur
Penceramah terkenal Malaysia, Ustaz Ebit Lew menziarah penyanyi lagenda, Dato M Daud Kilau yang kini kian uzur. Dalam postingnya itu, beliau mengatakan betapa cerianya Dato M Daud Kilau melayan tetamu walaupun dalam keadaan uzurnya.
Ustaz Ebit Lew berkongsi pengalamannya semasa beliau beramah mesra bersama Dato M Daud Kilau. Menurutnya, Dato bagaikan terharu di suapkan makanan oleh seorang ustaz.
Setelah menerima habuan dari Ustaz dengan rendah hati, Dato M Daud hanya meminta orang ramai termasuk Ustaz Lew mendoakan yang terbaik buat beliau.
Dato M Daud mula uzur sejak diuji dengan pelbagai penyakit kronik termasuk kencing manis dan sakit jantung 4 tahun yang lalu. Hanya ingin diingati sebagai seorang yang peramah dan ceria, Raja Gelek ini amat candi dengan permintaannya.
“Saya doakan peminat panjang umur dan murah rezeki. Doakan juga saya cepat sembuh. Jika tak baik, tidak apa. Kalau saya ‘pergi’, doakan saya selamat pergi dan sedekahkan al-Fatihah,” katanya menitipkan pesanan buat peminat.
Sejarah M Daud Kilau.
Nama sebenarnya adalah Muhammad Daud Kilau dan dikenali sebagai Raja Gelek suatu ketika dahulu. Persembahan beliau di atas amat ikonik kerana selalu berkaca mata hitam dan baju berkilau.
Beliau dilahirkan pada 10 Julai 1938 dan mula mencebur bidang seni setelah menjuarai Bintang Radio di Singapura pada tahun 1968 dengan lagu Musalmah Manis dan Joget Hitam Manis. Sebagai artis rakaman, M Daud menghasilkan lagu-lagu genre langgam, asli dan dangdut.
M Daud Kilau dikurniakan darjah Datuk Paduka Mahkota Perak(DPMP) pada tahun 1991 untuk menghargai jasanya dalam dunia seni.
Diantara lagu-lagu popular yang pernah di dendangkan beliau termasuk Cek Mek Molek dan Gila Judi.
Luahan Hati Wartawan: Aku dibesarkan dengan lagu-lagu Dato M Daud Kilau berkumandang di radio pada waktu petang.
He is iconic. Lagu-lagu yang dibawanya penuh dengan irama dan puisi, in a light hearted way.
Kita doakan yang terbaik buat lagenda ni ya.
Comments