Ustaz Ebit Lew Bercuti Penuh Kesederhanaan Di Langkawi Setelah Setahun Sibuk Dengan Kerja Kebajikan
Sepanjang tahun ini, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew begitu sibuk menghulurkan bantuan ke seluruh pelosok Malaysia.
Lebih-lebih lagi ketika pandemic Covid-19 melanda negara Malaysia, Ustaz Ebit Lew menyalurkan sumbangan kepada semua lapisan masyarakat sehinggakan bantuan buat Zoo Negara juga diberikan.
Sebagai penutup tahun 2020 yang penuh mencabar ini, Ustaz Ebit Lew mengambil keputusan untuk membawa isterinya yang tersayang untuk bercuti ke Pulau Langkawi sambil menikmati keindahan pulau tersebut.
Sumber: Instagram, @ebitlew
Di posting beliau di Instagramnya baru-baru ini, caption yang ditulisnya mencuri perhatian ramai netizen apabila beliau sempat mencurahkan kata-kata yang penuh romantis kepada isterinya.
Sumber: Instagram, @ebitlew
Sementara Ustaz Ebit Lew berehat dan meluangkan masa bersama isterinya, kami imbas kembali tiga sumbangan Ustaz Ebit Lew kepada rakyat Malaysia ketika dalam MCO (Movement Control Order)
1. Ustaz Ebit Lew Menolong Golongan Miskin Ketika PKP Dijalankan
Sumber: Facebook, Ebit Lew
Ketika perintah PKP baru sahaja dilaksanakan di Malaysia, Ustaz Ebit Lew diberi kebenaran oleh pihak atasan untuk tetap melakukan kerja kebajikannya. Beliau berjaya membantu ramai yang memerlukan dengan agihan bantuan.
Walaupun beliau mendapat banyak kecaman dari sesetengah netizen yang menuduh beliau sebagai ‘riak’ dan ‘menunjuk-nunjuk’, beliau tetap teruskan perjuangannya.
2. Menolong Pelajar Terkandas di Sekolah
Sumber: Facebook, Ebit Lew
Pada bulan Oktober pula, Ustaz Ebit Lew muncul dan menempah beberapa bas untuk menghantar pulang beberapa orang mahasiswa dan mahasiswi pengajian tinggi yang terkandas. Mereka sudah pun tiba di institusi pengajian tinggi masing-masing apabila kerajaan Malaysia memutuskan untuk membuat pendaftaran dan pengajian semester itu secara online.
3. Menghantar Bantuan Keperluan Asas Ke Sabah Ketika Gelombang Kedua
Sumber: Facebook, Ebit Lew
Ketika Malaysia dilanda gelombang kedua penularan Covid-19, Ustaz Ebit Lew telah menghantar 10 tan bantuan keperluan asas ke Sabah. Kesemua barangan yang dihantarnya itu adalah daripada gudang Elewsmart kepunyaannya sendiri.
Seminggu sebelum beliau hantar bantuan keperluan asas ini, Ustaz Ebit Lew telah menghantar bantuan yang berbentuk PPE untuk frontliners dan pekerja hospital di Sabah.
Semoga Ustaz Ebit Lew dapat berehat dengan sempurna bersama isterinya dan semoga segala urusan beliau sekeluarga dipermudahkan di dunia dan akhirat.
Luahan wartawan: Ustaz Ebit Lew is the truly the living embodiment of not all heroes wear capes. Some wear kopiah. Memang sungguh mengagumkan how Ustaz Ebit will just muncul dan berikan bantuan. Who needs Captain America when you have a true superhero like Ustaz Ebit?
P.S. OkLetsGo taknak try panggil Ustaz Ebit for one episode of NJU ke?
Podcast Plan B minggu ini!
Comments