Ustaz Berdakwah Dengan Golongan Punk Dan ‘Homeless’
- Belalang Biru
- May 20, 2020
- 1 min read
Updated: Apr 8, 2024

Di dalam sebuah tweet di muat naikkan Flynn Delano yang mendapat lebih 3.9 ribu retweets, dia menyatakan bahawa kerja dawah bukan sahaja tahajud secara “live”.
Reaksi warganet terhadap tweetnya itu bercampur. Ada diantara mereka yang berpendapat kedua-duanya adalah dakwah walaupun caranya berbeza.


Warganet yang lain pula lebih suka berbicara tentang latar belakang serta kerja dakwah Ustaz Halim dan menyamakan beliau dengan Ustaz Ebit Lew.


So, apakah program Tasawuf Underground?
TASAWUF UNDERGROUND
Terdapat komuniti yang dipanggil Tasawuf Underground di Jakarta Selatan.
Diasaskan dan digerakkan oleh Ustaz Halim Ambiya, program ini mendekati anak muda punk dan gelandangan. Tujuan Tasawuf Underground adalah mengenalkan kembali agama serta mengubah stigma masyarakat terhadap punk dan kehidupan jalanan.
Rutin belajar agama mereka termasuk mempelajari huruf, membaca iqra, dan kajian-kajian mengenai islam yang diketuai Ustaz Halim.

Sumber: pikiran-rakyat.com
Kerja dawah Ustaz Halim bermula kerana beliau khuatir terhadap anak-anak punk jalanan yang dipinggirkan masyarakat. Dia mempercayai yang semua manusia mempunyai hak untuk belajar dan rapatkan diri dengan ugama.

Sumber: pikiran-rakyat.com
Ustaz Halim mengakui ia tidak mudah untuk mengajak mereka untuk mengaji tetapi dia tekad ingin membantu anak-anak ini mengubah cara hidup mereka dengan perlahan.
Luahan Wartawan: Dua-dua pun dakwah. It takes a lot to do the kind of work Ustaz Halim does dan tidak semua yang berwibawa untuk mendidik budak-budak seperti ini.
Memang mereka berlainan dan degil, tetapi someone needs to guide them. Hidayah itu milik Allah, yang lain kita usahakan.
Related Posts
See AllBekas Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran, dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan pada 3 Oktober 2024 kerana menerima hadiah...
Seorang remaja lelaki Singapura berusia 17 tahun yang telah radikal sendiri ditahan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) beberapa...
Lembaga Warisan Negara (NHB) mengumumkan pada 24 Oktober bahawa ia akan memulakan kajian terhadap 38 Oxley Road untuk menilai kepentingan...