Usahawan Lelaki Meraung Di TikTok, Dakwa Vivy Yusof Ciplak Rekaan Tudungnya
Pengasas tudung The Jasmine, Yusfariq Iqmal, meluahkan kehampaannya terhadap sebuah jenama tudung terkenal dari Malaysia yang didakwa telah meniru rekaan miliknya.
Menerusi rakaman TikTok yang dimuat naik usahawan muda ini dua hari lalu (5 September), dia dilihat menangis teresak-esak setelah mendapati konsep tudung magnetik yang dihasilkan olehnya diciplak oleh jenama besar tersebut.
Sangat kecewa. Sumber: Tiktok
“Senang-senang nak ambil idea aku. Dua tahun lebih aku cuba meyakinkan orang ramai, buat research and development sampai kemurungan.
“Apa yang pelanggan mengadu, aku cuba perbaiki. Tapi aku bersyukur akhirnya hasilkan benda ni. Founder jenama besar ni setiap tahun buat hal,” luah Yusfariq.
Difahamkan, konsep tudung magnet keluaran The Jasmine mempunyai dua magnet kecil yang boleh disambungkan di bawah dagu.
Cara pemakaian tudung tersebut juga boleh diubah-ubah mengikut citarasa pengguna.
Tudung magnetik” oleh The Jasmine. Sumber: Instagram
REAKSI WARGANET
Susulan penularan video TikTok berkenaan, warganet tampil untuk memberikan sokongan moral kepda Yusfariq.
Ada juga yang membeli tudung keluaran The Jasmine untuk memajukan perniagaan kecil itu
Dalam pada itu, warganet juga mengeluarkan spekulasi berkenaan jenama yang telah meniru karya Yusfariq.
Rata-rata warganet menuding jenama Lilit Woman milik usahawan terkenal, Datin Vivy Yusof, sebagai penjiplak yang dimaksudkan.
Ini berikutan pengeluaran koleksi tudung terbaharu Lilit Woman, yang kelihatan seperti produk Yusfariq sejak 2019.Another commented saying that the uncle was using chinese holy water to get rid of lingering spirits in the area. Sounds like she was a victim of poltergeist/pocong activities.
Sumber: Instagram, lilit_woman
KONTROVERSI LAMPAU
Tahun lalu, Datin Vivy juga dituduh menjiplak rekaan Soonaru, sebuah jenama pakaian Malaysia.
Walau bagaimanapun, usahawan 33 tahun itu telah menafikan tuduhan tersebut menerusi wadah Instagram miliknya.
Setakat ini, Datin Vivy belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan isu ini.
Luahan Wartawan: Actually kan, concept ni aku dah start pakai sejak secondary school ah…Lekatkan magnet on a premium quality tudung jer kot…So actually why is he sobbing over this? He probably saw his kakak wear it that way ke haper and decided to copy. Kalau Vivy beli tudung dia then tukar label, then aku faham. Tapi ni…Ini 2009 orang dah start bikin sio pakai whiteboard magnet.
But aku suka cara marketing deni. Inilah optics. Walaupun pada aku tangisan dia fake dan annoying, it works. Go cry some more, produce more tudung and make more money.
And Vivy is just on another tier. There’s nothing much we, normal people, can do about her. Kau nak saman dia? Dia saman balik. Kau game.
Listen to Plan B’s Podcast this week!
Comments